CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2066|Reply: 9

[Borneo] PICK - Remaja

[Copy link]
Post time 21-9-2021 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Pemberian vaksin untuk remaja (PICK-Remaja) secara walk-in akan bermula pada 23 Sept di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.

1. Remaja yang tidak bersekolah dibenarkan walk-in di PPV yang berdekatan dengan tempat tinggal.

2. Remaja yang menuntut di IPTA/IPTS yg berumur bawah 18 tahun dibenarkan walk-in di mana-mana PPV yang masih beroperasi.

3. Remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV sekolah tidak dibenarkan walk-in.

4. Hanya seorang sama ada ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk vaksinasi bertujuan mengelak kesesakan di PPV.

KKM



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 04:47 PM | Show all posts
KKM Tubuhkan CITF-A Kendalikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja - YB Khairy Jamaluddin

YB Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan hari ini mengumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) untuk menjalankan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja).

CITF-A dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1.

Sebentar tadi, YB Khairy hadir ke program "Kick-Off" PICK Remaja yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) - SMK Putrajaya Presint 8(1).

Dalam sidang media, YB Khairy berkata PICK Remaja sudah dimulakan lebih awal di Sarawak pada 8 September dan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 11 September lepas.

"CITF telah memberikan kelulusan untuk pelaksanaan program berkenaan di kedua-dua negeri kerana liputan imunisasi COVID-19 dalam kalangan orang dewasa di kedua-dua negeri berkenaan telah mencapai 80 peratus.

"PICK Remaja di Sabah pula telah bermula pada 16 September lepas kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pedalaman dan memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar," katanya.

YB Khairy menyatakan bahawa KKM mensasarkan supaya 60 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya 1 dos vaksin pada bulan November ini dan 80 peratus daripada mereka yang layak divaksin mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Turut hadir pada program hari ini ialah YB Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, YB Dato' Dr Haji Noor Azmi, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 juga memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada seorang remaja yang menerima suntikan pada hari ini.















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 04:49 PM | Show all posts









Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lajunyaa sabah sarawak...kat kampung meols pahang  family relatives yg dewasa ramai lagi yg tak complete 2dose...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 11:09 PM | Show all posts
Mini.Me replied at 21-9-2021 11:00 PM
Lajunyaa sabah sarawak...kat kampung meols pahang  family relatives yg dewasa ramai lagi yg tak comp ...
Sarawak beli sendiri vaksin ... sebab tu sini percentage yang dapat Sinovac tinggi sebab itu yang Kerajaan Negeri beli ...

Sinovac pun Sinovac la

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 11:09 PM
Sarawak beli sendiri vaksin ... sebab tu sini percentage yang dapat Sinovac tinggi sebab itu yang K ...

Oo yeke? Patut laa laju...yg pahang tunggu gomen supply memg slow giler laa awal2 aritu smpai mb phg bising...tapi ok laa theyols semua dapat pfizer...meols kat KL dapat sinovac jerr hahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga baik2 semua..baru tahu srwk beli sndiri..bagus la..mayb lambert kot kalau tunggu gomen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 11:55 AM | Show all posts
Mini.Me replied at 22-9-2021 12:33 AM
Oo yeke? Patut laa laju...yg pahang tunggu gomen supply memg slow giler laa awal2 aritu smpai mb p ...
hahaha sama lah ... FC pun dapat Sinovac ja ...

tapi kan ...
dari data kematian dan dapat vaksin apa ...
FC tengok... lebihkurang ja angka kematian antara Sinovac dan Pfizer


#donebekapsinovac  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 11:56 AM | Show all posts
edayildiz replied at 22-9-2021 01:26 AM
semoga baik2 semua..baru tahu srwk beli sndiri..bagus la..mayb lambert kot kalau tunggu gomen{:1_152 ...
kalo kat Sjung pun masih ada yang blom dapat vaksin ...

bayang kan Sarawak yang besar ni dan banyak tempat pendalaman ... kompom berjanggut nunggu



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 11:58 AM | Show all posts
berita dulu - dulu ...

Beli vaksin Sinovac sendiri langkah tepat Sarawak

KUCHING: Langkah Kerajaan Sarawak membeli sendiri vaksin COVID-19 jenis Sinovac adalah tepat bagi mempercepatkan program vaksinasi di negeri ini.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos (gambar) berkata vaksinasi adalah satu-satunya jawapan untuk melawan virus COVID-19.

Kebenaran yang diberikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sarawak untuk membeli sendiri satu juta vaksin Sinovac adalah berita baik. Kita (Sarawak) tidak dapat hanya menunggu dari kerajaan persekutuan untuk menyediakan bekalan vaksin.

“Sarawak mampu untuk membeli vaksin sendiri, jadi mengapa tidak membelinya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah Minos, rakyat Sarawak amat memerlukan bekalan vaksin ini bagi melawan virus ini daripada terus menular di negeri ini.

Jika semua rakyat Sarawak divaksin pada Disember ini ia pastinya akan memberi kelegaan kepada semua.

“Kerajaan Sarawak terutama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilihat berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan rakyat negeri ini.

“Ini adalah bukti keprihatinan beliau terhadap rakyat negeri ini lebih-lebih lagi ketika seluruh negara berdepan dengan pandemik COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Menteri pada sidang media di Bintulu semalam berkata kerajaan pusat membenarkan Sarawak membeli vaksin COVID-19 sendiri dalam usaha mempercepatkan Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan di negeri ini.

Kebenaran itu katanya dinyatakan Perdana Menteri dalam pertemuan bersamanya pada dua minggu lepas.

Sebagai permulaan kata Abang Johari, kerajaan negeri akan membeli 500,000 dos vaksin Sinovac untuk fasa pertama manakala 500,000 dos lagi untuk fasa kedua.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.108607 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list