CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2516|Reply: 14

[Sarawak] Covid19 20/09/2021

[Copy link]
Post time 20-9-2021 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Kuching 1021
Serian 315
Bintulu 302
Sibu 228
Miri 200
Samarahan 199
Sri Aman 198
Betong 137
Sarikei 102
Pusa 91
Belaga 91
Saratok 83
Kapit 61
Kanowit 58
Subis 56
Asajaya 51
Mukah 50
Bau 50
Limbang 45
Meradong 42
Lubok Antu 36
Simunjan 29
Pakan 23
Tebedu 23
Lundu 18
Julau 18
Tanjung Manis 17
Tatau 15
Song 12
Beluru 11
Lawas 9
Selangau 8
Marudi 6
Matu 5
Bukit Mabong 3
Dalat 2
Sebauh 2
Daro 1
Telang Usan 1
Kabong jer takde kes arini...

By FC



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2021 05:18 PM | Show all posts
semalam .... 3 , 4 dan 5 ... 0.26%

hari ni ... 0.22%

semoga sembuh semua nya ... aamiin




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 05:21 PM | Show all posts
kali ni laporan lebih lengkap ...

8 kematian ( satu kes BID ) dari tarikh yang berlainan ...laporan terkumpul dari 14hb hingga 18hb ... laporan tercicir...?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 05:24 PM | Show all posts
awal - awal dulu ... sebab kematian ... kalau tak kencing manis ... darah tinggi ... tak pun sakit kronik buah pinggang ...

tapi kini dah masuk satu lagi ... asthma ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 05:26 PM | Show all posts
ada 4 kluster baru hari ni ...
Kluster melibatkan rumah panjang ... yang ni... tak leh nak kata apa dah bila melibatkan rumah panjang ...



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-9-2021 05:24 PM
awal - awal dulu ... sebab kematian ... kalau tak kencing manis ... darah tinggi ... tak pun sakit k ...

Aku spatutnya masuk wad utk operate bulan 7 tp waktu tu kes naik mencanak lebih 5k, aku plak ada asthma tahap sederhana....jd doktor larang aku masuk bukan stakat wad, masuk kwasan spital pun xbleh....berisiko tinggi. Smpai skrg aku blum jumpa doktor lagi....lupa dah aku muka doktor2 tu...hihi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2021 09:17 AM | Show all posts
AkokKocik replied at 21-9-2021 12:02 AM
Aku spatutnya masuk wad utk operate bulan 7 tp waktu tu kes naik mencanak lebih 5k, aku plak ada a ...
FC pun lebihkurang tapi bukan sebab nak operate ...
memang doktor pesan awal2 ... jangan datang spital kecuali betul-betul terpaksa ...
kalo ada pa2 ... col dan bgtau masalah ...


Jager diri bebaik tau ...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-9-2021 05:21 PM
kali ni laporan lebih lengkap ...

8 kematian ( satu kes BID ) dari tarikh yang berlainan ...lapor ...

Bukan tercicir ya sis.

Sebab post mortem dolok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 09:27 AM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 21-9-2021 09:21 AM
Bukan tercicir ya sis.

Sebab post mortem dolok.
owh duhal ...

mek lemas nangga page Sarawak Covid Awareness ... mati skit salah ... mati banyak pun salah ... semua salah ...


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 09:27 AM
owh duhal ...

mek lemas nangga page Sarawak Covid Awareness ... mati skit salah ... mati banyak  ...

Sarawak covid awareness ya kmk nang sik cayak lebih2 lagik palak page ya si jennifer law*****

Baca boleh percaya jangan dlm page ya. Org2 mcm kita tok xboleh nk dkelentong sis, tp org tua lekas tpengaruh. Yala page ya serba serbi salah d mata sidak. Ya kwn kmk pdh jgn cayak gilak page ya. Dlm ya batu api bnyk hahaha.

Nk psl kematian ya pagi tdk kmk dgr d era, kematian bnyk sbb sidak polah post mortem mayat samada sidak ninggal sbb covid or ada komorbiditi.  Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 09:27 AM
owh duhal ...

mek lemas nangga page Sarawak Covid Awareness ... mati skit salah ... mati banyak  ...

Haha...idup salah mati pun salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 10:59 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 21-9-2021 11:49 AM
Sarawak covid awareness ya kmk nang sik cayak lebih2 lagik palak page ya si jennifer law*****

B ...
hahaha tauk juak dirik o ...

tapi mek suka juak maca maca kei hiburan

masa kes banyak ... kemain nganok kerajaan ... sikda molah pa2 kah ...

bila kes skit ... kerajaan juak salah padah nya ... sik molah swab test close contact

ngekek jak la mek maca

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 11:00 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 21-9-2021 12:34 PM
Haha...idup salah mati pun salah.
tu la pasal ...

ntah apa yang dier rang nak sebenar nya ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 11:06 PM | Show all posts
Angka 20 kematian bukan situasi sebenar

KUCHING: Jumlah kematian harian tertinggi sebanyak 20 kes yang diumumkan di Sarawak kelmarin (Ahad) melibatkan kes tertunggak yang lewat dilaporkan berikutan beberapa faktor, dan bukannya menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada 20 kematian yang dilaporkan itu, 11 daripadanya berlaku pada 17 September, empat kematian (18 Sept), dua kematian (15 Sept) dan masing-masing satu kematian pada 6, 7 dan 16 Sept.

“Backlog atau kelewatan dalam melaporkan kematian itu adalah kerana pihak hospital perlu melakukan bedah siasat untuk memastikan dan mengetahui sama ada ia berpunca daripada COVID-19 atau tidak,” katanya pada sidang media Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19  semalam.

Semalam JPBNS melaporkan, sebanyak lapan kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada 14 September 2021 hingga 18 September 2021 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian setakat ini di Sarawak 697.

Sementara itu, Uggah berkata Sarawak mengatur langkah lebih agresif dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai COVID-19 menjelang peralihan ke fasa endemik yang dijangkakan selewatnya-lewatnya hujung tahun ini.

Beliau berkata satu Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19 diketuai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah ditubuhkan untuk merealisasikan hasrat itu.

Uggah berkata pendekatan yang lebih efektif dan sistematik seperti pendidikan kesihatan awam dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan dilaksanakan supaya rakyat memahami keadaan sekarang dan bagaimana mereka boleh menyesuaikan diri dengan norma baharu di fasa endemik kelak.

“Sekarang kita berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), maklumat yang tepat mesti sampai kepada semua lapisan masyarakat.


Justeru, jawatankuasa ini akan memastikan semua rancangan yang diatur akan dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Berhubung pemberian vaksin dos tunggal CanSino di kawasan pedalaman Sarawak, Uggah berkata bekalan vaksin itu akan tiba esok dan lusa di Kuching, dan seterusnya akan dihantar ke kawasan-kawasan yang terlibat.


Vaksin berkenaan sesuai untuk program imunisasi COVID-19 di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi terutamanya dalam kalangan masyarakat Penan di negeri itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 11:48 PM | Show all posts
KLUSTER JALAN P. RAMLEE, KUCHING
Kluster Tempat Kerja
Kluster ini merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan penghuni sebuah kuarters pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan P. Ramlee, Kuching.

Jumlah individu disaring 101 orang:
70 orang didapati positif termasuk kes indeks.
31 individu didapati negatif.

Tempat rawatan dan pengasingan :
Hospital Umum Sarawak, PKRC dan CAC di daerah Kuching.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.095722 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list