"Akibat taasub, maruah isteri tidak bernilai."
Itu tajuk yang dikupas oleh pengacara program Analisis, Finaz Yunus.
Menemuramah mangsa jenayah seksual pendakwah terkenal yang dikenali sebagai Diana, merungkai rupa-rupanya ramai lagi mangsa teraniayai kerana pendakwah tersebut.
Diana menjelaskan yang ianya bermula dengan dia menghantar mesej kepada pendakwah tersebut untuk bertanyakan masalah peribadinya.
Namun, lain pula jadinya apabila dibalas dengan pertanyaan mengenai bagaimana proses malam pertama dengan suami, berapa kali dan sebagainya.
Setelah kejadian tersebut, Diana memberitahu kepada suaminya, bagaimanapun suaminya tidak percaya memandangkan pendakwah tersebut terkenal dengan imej Islamnya.
"Apa yang membuatkan saya buat laporan kerana berita viral tentang ada mangsa dicabul pendakwah terkenal. Sampai bila saya perlu berdiam diri?"
Walaupun suami Diana tidak percaya dan keluarganya juga menyatakan itu sebagai fitnah, namun Diana mahukan keadilan dengan membuat laporan polis selepas mendapat dua suntikan vaksin nanti.
Ianya juga mendapat komen daripada dua pendakwah terkenal, Dr Ridhuan Tee dan Firdaus Wong yang meminta supaya orang ramai tidak terlalu taasub dengan imej luaran semata-mata.
Foto : Ig
Semoga mangsa-mangsa lain tampil membuat laporan juga supaya pemangsa dapat diadili dengan sebenar-benarnya. - CARI
|