CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2105|Reply: 0

Manusia susahkan orang, jadi muflis akhirat

[Copy link]
Post time 19-9-2021 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Manusia susahkan orang, jadi muflis akhirat

Membuang sampah di tempat tidak sepatutnya, menyebabkan kesusahan kepada orang lain termasuk masyarakat setempat. Gambar hiasan. - Foto Osman Adnan


MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.

Tidak hairanlah lidah dan tangan seseorang Muslim banyak dikaitkan dengan iman, manakala perkataan atau perbuatan yang tidak baik dalam masyarakat diberikan peringatan yang keras.

Firman Allah SWT: “Sesiapa yang mengganggu dan menyakiti lelaki beriman serta wanita beriman tanpa apa-apa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka memikul kesalahan (buhtan) dan berbuat dosa yang amat nyata.” (Al-Ahzab: 58)

Ayat al-Quran itu membuka bab Dosa Menyusahkan Orang Islam dalam kitab Muntakhab Ahadis susunan Sheikh Muhammad Yusuf Kandhalawi.

Kesan daripada perbuatan menyusahkan manusia dan masyarakat itu akan memberikan kesan kepada pelakunya di akhirat kelak hingga tidak mustahil bakal menjadi orang yang muflis.

Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan kisah manusia muflis di Hari Timbangan itu dalam hadis Sahih Muslim yang panjang apabila Rasulullah SAW menyoal sahabat Baginda mengenai orang muflis.

Sahabat RA menjawab berdasarkan pengetahuan mereka dalam konteks muflis di dunia, iaitu manusia yang tidak memiliki sebarang wang dan harta.

Bagaimanapun Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang muflis dalam kalangan umatku ialah orang yang datang ketika Kiamat dengan membawa pahala solat, puasa, zakat dan pelbagai ibadat tetapi dia juga pernah mencaci, memfitnah, mengambil harta tanpa hak, menumpahkan darah serta memukul orang lain.”

Setiap orang yang pernah dizalimi dan dianiaya itu akan menuntut hak masing-masing dan sebagai balasannya, mereka mendapat sebahagian pahala yang berkadaran dengan hak terbabit.

Pahalanya terus diberikan hinggalah semuanya habis, lalu pelaku kejahatan itu akan menanggung pula dosa orang yang masih menuntut hinggalah dia akhirnya dicampakkan ke neraka.

Betapa beratnya dosa menyusahkan orang lain itu, ia tidak akan hilang hanya dengan bertaubat kepada Allah SWT selagi tidak meminta maaf dan halal daripada mereka.

Malah, orang yang melakukan kesalahan hingga menzalimi saudaranya, perlu berasa khuatir dan bimbang kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah SWT.

Kita juga tidak boleh meremehkan dosa lisan seperti mencaci dan memfitnah berbanding kezaliman membabitkan harta benda serta diri saudaranya kerana hukuman terhadap perkataan yang jahat itu sangat berat.

Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.

Sumber:https://www.bharian.com.my




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068838 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list