CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 4

[Perlis] Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya pada Rabu ini, SOP ketat

[Copy link]
Post time 19-9-2021 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya pada Rabu ini, SOP ketat[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]



[size=0.9]
Kangar: Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya mulai Rabu ini dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hanya anak kariah yang sudah melengkapkan vaksin Covid-19 akan dibenarkan hadir ke masjid.

"Maksud vaksin lengkap adalah selepas 14 hari dari tarikh menerima suntikan dos kedua bagi vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac.

"Bagi individu yang menerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino adalah selepas hari ke-28 selepas tarikh suntikan dos," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Maips bertitah sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, surau atau tempat solat umun lain masih ditutup melainkan mendapat kebenaran khas Maips atau Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Baginda bertitah individu yang terbabit dengan aktiviti rentas sempadan tidak dibenarkan hadir ke masjid dalam tempoh dua minggu dari tarikh terakhir melakukan aktiviti itu dan semua jemaah yang hadir di masjid perlu mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

Selain solat fardu dan solat Jumaat, aktiviti lain yang turut dibenarkan adalah solat jenazah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan jamuan makan dengan cara mengedar makanan yang siap dibungkus, titah baginda.



Disiarkan pada: September 19, 2021 @ 10:59am







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 01:01 PM | Show all posts
Alhamdulillah...harap negeri lain pun dapat buka sepenuhnya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, aku suka dgr berita mcm ni.. moga ramai2 imarahkan masjid. Lawan covid dgn vaksin ketuhanan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah.. moga dpermudahkan untuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...negeri lain bila lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053551 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list