CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2531|Reply: 2

[Perlis] Jemaah Dato’-Dato’ Perlis cadang bina tiga projek bernilai RM40 juta

[Copy link]
Post time 18-9-2021 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Jemaah Dato’-Dato’ Perlis cadang bina tiga projek bernilai RM40 juta
| | 18 September 2021


Datuk Idrus Kassim (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Urusan Hercules Engineering, Datuk Thomas Seng Shia Chong pada Sabtu. - Foto Bernama

KANGAR - Pertubuhan Jemaah Dato’-Dato’ Perlis bercadang membangunkan tiga buah projek yang akan dikemukakan kepada kerajaan negeri dengan nilai pelaburan dianggarkan berjumlah RM40 hingga RM50 juta, kata Presidennya, Datuk Idrus Kassim.


Beliau berkata, projek tersebut yang akan dibangunkan secara kerjasama dengan syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd yang berpangkalan di Selangor merangkumi pembinaan parkir bertingkat dan sebuah restoran makanan segera di Kuala Perlis serta parkir tempat letak kereta bertingkat di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.


“Kita masih dalam peringkat perbincangan dan akan menyediakan kertas kerja (proposal) kepada kerajaan negeri yang akan diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dalam masa terdekat.


"Pembinaan projek ini bakal memberikan manfaat kepada penduduk setempat selain meningkatkan ekonomi negeri ini,” katanya kepada Bernama selepas majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Hercules Engineering, di sini pada Sabtu.


MoU itu ditandatangani antara Idrus sebagai mewakili Jemaah Dato’-Dato’ Perlis dengan Pengarah Urusan Hercules Engineering, Datuk Thomas Seng Shia Chong.


Menurut Idrus, pihaknya bersama Hercules Engineering sebelum ini telahpun mengadakan pertemuan dengan Azlan bagi membincangkan perkara tersebut dan menteri besar menyuarakan hasrat untuk menyokongnya namun menyatakan kajian lebih terperinci perlu dilakukan.


Beliau berkata, parkir bertingkat yang akan dibina itu meliputi pelbagai kemudahan seperti ruang makan atau restoran bagi mengurangkan kesesakan di Terminal Feri Kuala Perlis serta untuk membendung aktiviti ulat parkir. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -bernilai-RM40-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Idrus kasim ada kena mengena dgn Sahidan kasim kah.mntak la projek bnyk2 smentara ada peluang
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital tu memang patut pon buat parking banyak2. Kalau aku tak sakit teruk mmg aku pegi naik moto je. Aku dah siap checkup pon belum tentu laki aku dapat jumpe parking.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055888 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list