CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8553|Reply: 44

"Saya Risau Cinta Dia Tidak Seteguh Pengorbanan Saya. Saya Jatuh, Adakah Di

[Copy link]
Post time 18-9-2021 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Hampir setiap hari ada saja kisah mengenai hubungan cinta usahawan Datuk Seri Vida dengan Ahmad Iqbal Zulkefli yang tidak direstui anak-anak sehingga segelintir netizen mula berasa muak.


Tampil memohon maaf atas kisah yang berlarutan, Iqbal mengambil keputusan agar tidak lagi meletakkan harapan untuk berkahwin dengan Vida yang dikatakan enggan menuju ke fasa berumah tangga.


Tetap menyimpan perasaan sayang, usahawan berusia 27 tahun itu reda sekiranya mereka tidak dijodohkan bersama kerana beranggapan pengorbanannya seakan sia-sia.




Foto: IG




"ertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Datuk Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Datuk Seri Vida sebagai isteri.


"Seandainya dia sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah.


"Saya tetap menyayangi dia seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodoh. Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin.


"Saya perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta dia tidak seteguh seperti pengorbanan saya. Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah dia sanggup ada bersama saya," katanya menerusi Instastory.


Menerusi laporan mStar sebelum ini, anak sulung kepada Vida iaitu Cik B menghalang hubungan mereka kerana faktor perbezaan usia 22 tahun antara ibunya dan Iqbal.


Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16,, dia sangsi mengapa Iqbal, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.


Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.


Dalam pada itu, Iqbal yang juga bekas pembantu Vida menegaskan hubungan mereka itu tidak mempunyai kaitan dengan 'marketing' semata-mata seperti yang didakwa segelintir pihak.






Malah Iqbal turut memberitahu dia tidak pernah menerima sebarang pemberian barangan mewah daripada Vida sepanjang tujuh tahun mereka berkenalan namun mengakui wanita itu banyak melaburkan duit kepadanya.


"Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar dia ada selitkan promosi produk. Namun, perancangan kami untuk berkahwin bukan marketing.


"Sepanjang hampir tujuh tahun saya mengenali dia, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja. Namun, tidak dinafikan banyak wang dia telah laburkan untuk saya,” katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 11:39 AM | Show all posts
Ya ampun pompuan ni memang rasa dia nak kawin sebab cinta eh
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah makan diri nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila manusia dah takde perasaan malu dalam diri
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa mcm something wrong on this.. i pnya instinct is smua tuk marketing je.. after this iqbal ni confirm bdesup lari x jd kawin sbb i tgok dia ni ni more to sotong.. sotong mne leh kawin! nnti jd cam si alfa tu.. kjap je bini dia jd jnda! Sedih!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
x payah lah gembar gembur sana sini kalau betul bkn marketing.
buat solat istiharah..minta petunjuk.ni pung pang pung pang....pang kang.

tp kesian lak tgk bideo cik B lepas perasaan..maknya...pn...bkn x bg kawen tp agak2 lah.bawa berbincang elok2.pilih yg anak2 suka..bkn dia saja suka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Muak dah baca kisah Vida La Vidah ni. Yg takpaham nak jugak aku bukak baca citer dia ni bhahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 12:12 PM | Show all posts
Namasayaomel replied at 18-9-2021 12:01 PM
I rasa mcm something wrong on this.. i pnya instinct is smua tuk marketing je.. after this iqbal ni  ...

setuju...................cheap gimmick ( dan tak tahu rasa malu)
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dannnnn...aku tak baca apa2 berkaitan artikel..terus terjun kat komen sajer..takut muntah roti yang baru masuk perut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu., si fazley tengah carikan jodoh utk mak dia
Pergi la cuba nasib,
Mak Fazley tu lgi vouge dari si Vida
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa bodowww nyaa...kejap nak kwin kejap tanak...simbah air longkang kang
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 12:55 PM | Show all posts
Dah tentu lah fazley nak cari orka setaraf utk mak dia , x kan cari anak ikan pelaling je
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
genUmi replied at 18-9-2021 12:55 PM
Dah tentu lah fazley nak cari orka setaraf utk mak dia , x kan cari anak ikan pelaling je

Halooooo heshe mampu nak bagi duit pocket sejuta sebulan kat bakal bini yach
Wat yu toking ehbaut
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaye ye nk bg sejuta sebulan kat bakal anak tiri. Ker gebang je lebih...ntah2 bg duit jutaria
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sotong + makjan tua = marketing
Pamoga tu sure makin laku kalau depa jadi kawen

Euwwwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pamogeeeeeee dah hit target ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 18-9-2021 12:42 PM
Tu., si fazley tengah carikan jodoh utk mak dia
Pergi la cuba nasib,
Mak Fazley tu lgi vouge dari ...

Mak fazley tak memenuhi kriteria....
Tak famous....
Mungkin saja tak berjuta duit nya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat fb hr2 citer psl mangkuk ni.kat forum pun sama.muakla.kalau bbnu yg citer gatal nak kawen x pe jgk.geli la.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 18-9-2021 02:00 PM
Mak fazley tak memenuhi kriteria....
Tak famous....
Mungkin saja tak berjuta duit nya...

Dpt ke kbal memenuhi kriteria yg fazley nak utk mak dia? Lg kan bidah ni ank2 yg msh skolah bantah..apa lg fazley
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.999912 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list