CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1305|Reply: 0

[Pulau Pinang] PPV warga asing akan guna sistem kupon nombor elak sesak

[Copy link]
Post time 16-9-2021 06:52 PM | Show all posts |Read mode
PPV warga asing akan guna sistem kupon nombor elak sesak[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 16, 2021 @ 6:45pmbhnews@bh.com.my


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (dua dari kanan) melakukan pemeriksaan aplikasi MySejahtera. - NSTP/Danial Saad



GEORGETOWN: Sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terbabit dalam urusan vaksinasi secara 'walk-in' kepada warga asing di negeri ini bermula esok, juga akan menggunakan sistem penggiliran nombor.

Kaedah itu digunakan bagi mengelakkan kesesakan ketika proses pemberian vaksin di PPV yang berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini program pemberian vaksin di PPV Pulau Pinang berlangsung dalam keadaan teratur dan dijangka tidak ada masalah bagi pengunjung yang walk-in.

"Seperti inisiatif walk-in kepada warga tempatan sebelum ini, kita akan gunakan sistem penggiliran yang mana 500 nombor akan diberi dan mereka akan diarah pulang jika jumlah yang hadir melebihi angka itu.

"Namun, polis akan terus melakukan pemantauan di lokasi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil jika masih ada pihak yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan," katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily bersama Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong melakukan tinjauan pematuhan SOP di pusat beli belah di Persiaran Gurney; Pantai Shamrock dan Pantai Miami di Jalan Batu Feringghi, di sini.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dipilih bagi pelaksanaan pemberian vaksin secara 'walk-in' kepada warga asing di negeri ini bermula esok.

Empat PPV berkenaan adalah di Pusat Konvensyen Setia SPICE; Dewan Milenium; SP Arena dan Dewan Serbanguna Sungai Bakap dengan waktu operasi bagi warga asing bermula pada jam 2 petang setiap hari.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 1.588069 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list