CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1465|Reply: 0

[Perlis] Perlis galak orang ramai jayakan program penghijauan negeri

[Copy link]
Post time 16-9-2021 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Perlis galak orang ramai jayakan program penghijauan negeri
| | 16 September 2021


Kerajaan Perlis dan Jabatan Perhutanan negeri itu mengajak orang ramai untuk terlibat menjayakan Program Penghijauan Negeri Perlis bersempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. - Foto Bernama

PADANG BESAR - Kerajaan Perlis dan Jabatan Perhutanan negeri itu mengajak orang ramai untuk terlibat menjayakan Program Penghijauan Negeri Perlis bersempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.


Exco Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau dan Kesihatan, Teh Chai Aan berkata, program tersebut memerlukan kerjasama semua pihak kerana hutan yang subur menghijau menjadi tempat perlindungan kepada hidupan liar selain pelbagai jenis tumbuhan.


“Memelihara dan menjaga hutan serta alam sekitar bukan tugas kerajaan semata-mata sebaliknya tugas semua pihak termasuk swasta, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti kampung dan orang perseorangan.


“Justeru, individu yang berminat untuk turut sama menjayakan program ini boleh mendapatkan anak pokok dari Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,” katanya kepada Bernama selepas menanam 20 anak pokok bersama ketua jabatan dan agensi kerajaan Perlis di Empangan Timah Tasoh, di sini pada Khamis.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Awang Shaffie Awang Ahmadhi berkata, hingga kini sebanyak 14,902,914 pokok telah berjaya ditanam di seluruh Perlis.


“Setakat ini kita berjaya mencapai 74.5 peratus bagi mencapai sasaran penanaman sebanyak 200,000 pokok setahun dan usaha penanaman pokok akan diperhebat dengan kerjasama semua pihak,” katanya.


Awang Shaffie berkata, usaha itu dilakukan menerusi kempen kesedaran seperti Program Penghijauan Bumi Perlis, Kempen Penanaman Pokok Bakau, Green School Programme, Tree Community dan lain-lain.


Beliau berkata, penanaman pokok turut dilakukan menerusi program sedia ada di bawah jabatan dan agensi kerajaan yang membabitkan program tanaman semula getah dan sebagainya.


“Kita juga menggalakkan orang ramai terlibat sama dalam penanaman pokok menerusi tanaman di dusun, sekitar rumah dan lain-lain,” katanya. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -penghijauan-negeri
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.119291 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list