CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2013|Reply: 4

sayangkan hutan punya pasal, terus tular...

[Copy link]
Post time 15-9-2021 06:50 PM | Show all posts |Read mode

Plastik hitam yang dipenuhi sampah dikutip oleh individu terbabit.

Netizen kagum individu kutip, pikul sampah kerana sayangkan hutan

PETALING JAYA – Orang ramai kagum dengan semangat seorang individu yang tular kerana sanggup berhempas pulas memikul dan mengutip sampah di hutan atas rasa sayang serta sifat tanggungjawabnya.

Menerusi satu perkongsian di Twitter milik Shukri Saleh berkata, dia berharap agar usahanya mengutip sampah itu dapat membuka mata orang ramai.

“Sebenarnya penat, tapi sayang hutan punya pasal sanggup pikul (sampah). Tak susah sebenarnya nak bawa sampah anda keluar selepas beriadah di sungai, hutan dan tempat awam.

“Yang susahnya bila kena pikul sampah yang dah berkumpul dan bertimbun. Jadi, bawa sampah anda keluar lepas beriadah,” ciapnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan lelaki itu.

“Alhamdulillah, masih ada insan-insan hebat seperti anda. Semoga terus diberkati dan dirahmati,” kata A.Nazra.

“Saya ‘respect’ sama saudara. Ini baru pencinta alam yang sebenar, yang mempunyai jiwa terhadap alam mesti akan merasa sedih jika lihat tempat yang cantik dipenuhi sampah,” ciap @SpeedKura.

Sementara itu, Miss Flour menjelaskan, orang ramai perlu mempunyai sifat untuk kutip dan tidak membuang sampah sesuka hati di tempat-tempat awam yang lain.

“Betul dan boleh digunakan di mana-mana sahaja anda berada. Tidak kisah di tempat letak kereta, taman, pusat beli-belah, tandas, kawasan rehat dan rawat (R&R) walau di tepi jalan sekali pun.

“Tolong uruskan sampah anda sebaiknya dan jangan jadikan diri anda itu sampah,” katanya. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih En Shukri Salleh.

Harap adalah tersentuh minda2 yang contributed ke sampah sarap dalam hutan tu walaupun rasanya payah  nak jentik minda orang2 kita ni

Alangkan warga luar jauh nun dari Jepun datang tolong kutip sampah kita pun, kita still tak tahu malu dan still buang samaph merata2.

Saya memang pantang bila orang tak reti nak bawa balik atau simpan dulu sampah kalau tempat tu takde tempat khas untuk buang sampah. Pernah few times dah tegur orang kat tempat awam pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..semoga semua org dpt kesedaran jg alam sekitar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 12:21 AM | Show all posts
Tak cukup kat CI, kat sini pun ko post ye dekk?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang terfikir gak, mungkinkah bumi mendoakan Covid19 berleluasa agar hutan, sungai dan udara terpelihara daripada tangan2 anasir2 yang merosakkannya. Baru beberapa hari dibenarkan keluar, dan sebegini mereka merosakkan bumi. Manusia yang kurang akhlak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040277 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list