|
Polis mencari seorang lelaki yang memecah masuk sebuah pasar raya mini di Jalan Gunung Karang, Pandeglang.
Detik.com melaporkan, suspek memakai kotak dan topeng muka tengkorak bagi melindungi identitinya.
Kredit foto: Detik News
Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Pandeg-lang, Fajar Mauludi berkata, dia memecah masuk premis dari bahagian bumbung dan mencuri berpuluh-puluh kotak rokok berjenama.
Katanya, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak 10 juta rupiah (RM2,900) akibat kejadian itu.
“Kita sudah mendapatkan maklumat daripada pekerja dan pemilik kedai serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Tidak mustahil rompakan ini melibatkan lebih daripada seorang pelaku,” katanya.
Sumber: Utusan |
|