Osaka menjadikan sebuah arked permainan video sebagai pusat vaksinasi dalam usaha mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di Jepun.
Ia ditutup selama dua hari bagi memberi laluan kepada kira-kira 1,500 pekerja serta kakitangan arked dan penduduk berdekatan kawasan itu menerima vaksin.
Kredit foto: Japan Today
Mereka yang terlibat menyifatkan ia langkah yang bertepatan dan memudahkan mereka untuk menerima vaksin.
Jepun agak ketinggalan berbanding negara lain dalam program pemberian vaksin kepada penduduknya.
Kredit foto: Yakima Herald
Bagaimanapun, ia mencapai perkembangan yang progresif apabila lebih daripada separuh populasinya kini telah divaksinasi sepenuhnya.
Sumber: AWANI |