CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 0

[Perlis] Rezeki bersanding diapit bayi kembar

[Copy link]
Post time 14-9-2021 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Rezeki bersanding diapit bayi kembar[size=0.8][size=0.9]Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


NUR Syazreen dan Nureen Naimah bersanding bersama bayi kembar mereka. FOTO ihsan NUREEN NAIMAH MAHYUDIN





Kangar: Jika mempelai lain masuk ke dewan persandingan diiringi pengapit, lain pula kisahnya dengan suami isteri, Mohd Nur Syazreen Mohamad Zaki dan Nureen Naimah Mahyudin yang diapit bayi kembar mereka.

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas Nureen Naimah, 23, berkongsi video majlis persandingannya di TikTok, kelmarin yang sehingga kini meraih lebih 1.3 juta tontonan.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan Nureen Naimah dan Mohd Nur Syazreen, 26, masuk ke dewan persandingan dengan masing-masing mendukung anak kembar mereka, Muhammad Uwais Areeq dan Muhammad Uwais Aryan, 11 bulan.

Nureen Naimah yang kini menetap di Taman Kemajuan, di sini, berkata, video itu dirakam ketika majlis persandingannya dan suami, Mohd Nur Syazreen pada 3 Januari lalu iaitu ketika Perlis berada dalam zon hijau, namun baru saja dimuat naik di TikTok.

"Saya sudah lama simpan video itu dan baru kelmarin terdetik untuk kongsikannya.

"Tak sangka ia meraih tontonan tinggi dalam waktu singkat kerana sekadar berkongsi untuk kenang-kenangan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

BAYI kembar pasangan Nur Syazreen dan Nureen Naimah. FOTO ihsan NUREEN NAIMAH MAHYUDIN

Nureen Naimah berkata, dia dan suaminya diijabkabulkan di Masjid Kampung Sadek Kupang, Baling, Kedah pada 1 Februari tahun lalu.

Mengikut perancangan asal, Nureen Naimah mahu mengadakan majlis persandingan di sebelahnya pada Mac tahun lalu dan di kampung suaminya pada Mei, tetapi kedua-keduanya terpaksa dibatalkan kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Katanya, pada mulanya mereka memang kecewa apabila tidak dapat teruskan majlis kerana tempahan serta bayaran pendahuluan sudah dibuat.

"Bagaimanapun, saya dan suami akhirnya reda dapat melangsungkan akad nikah saja.

"Biarpun tidak dapat bersanding, Allah beri rezeki lain buat kami iaitu anak kembar yang lahir pra matang pada 4 Oktober tahun lalu.

"Ikutkan, kami mahu adakan aqiqah saja untuk mereka tetapi kebetulan, kembar suami berkahwin pada Ogos tahun lalu dan merancang mengadakan majlis pada Januari.

"Jadi, saya dan suami bersanding sekali dengan membawa bayi kembar kami yang ketika itu berusia tiga bulan," katanya yang mengadakan majlis persandingan di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, dengan jemputan terhad.

Nureen Naimah berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya dan suami.

Menurutnya, ramai memberi komen positif, tetapi ada netizen membuat andaian sendiri dengan mengatakan mereka adalah duda dan janda yang berkahwin.

Katanya, mereka berstatus bujang sebelum berkahwin dan diberi rezeki bunting pelamin sebelum dapat menimang cahaya mata tidak lama selepas berumah tangga.


Disiarkan pada: September 14, 2021 @ 9:00pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.700990 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list