CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1395|Reply: 0

Umur baru 17 tahun sudah ada dua isteri

[Copy link]
Post time 13-9-2021 09:40 PM | Show all posts |Read mode

Foto tular yang menunjukkan upacara akad nikah dengan salah seorang pengantin perempuan sedang berlangsung. – Istimewa

Umur baru 17 tahun sudah ada dua isteri

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di  wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua orang gadis dalam tempoh selang dua jam pada  Jumaat lepas, lapor laman berita Suara.com.

Remaja dikenali sebagai Supandi itu  menikahi Annisa, 17 dan Sangkut yang juga berumur  17 tahun. Ketiga-tiga  mereka berasal dari kampung yang sama.

Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.

“Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.

“Pernikahan mereka telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan.

Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Pernikahan itu direstui oleh kedua-dua keluarga.Semua Kiriman

“Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan.

Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung telah mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.

“Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-2-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048865 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list