CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Pesakit kritikal dimasukkan ke ICU, tahap oksigen menurun'

[Copy link]
Post time 13-9-2021 09:09 PM | Show all posts |Read mode
'Pesakit kritikal dimasukkan ke ICU, tahap oksigen menurun'Oleh Nur Izzati Mohamad - September 13, 2021 @ 3:53pmbhnews@bh.com.my




GEORGETOWN: Tindakan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKPP) memasukkan seorang pesakit COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau
Pinang (HPP) di sini, dibuat selepas berlaku penurunan tahap oksigen dalam darah pesakit itu yang sangat membimbangkan.

Pengarah JKPP, Dr Ma'arof Sudin, berkata rawatan terapi oksigen dimulakan, namun pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darahnya hanya dapat distabilkan menggunakan mesin bantuan pernafasan atau ventilator.

Susulan itu, beliau berkata, pegawai perubatan pakar rawatan rapi dan ICU sudah memaklumkan berhubung keadaan kritikal ini kepada pesakit dan ahli keluarganya.

"Pihak hospital juga menjelaskan berulang kali kepada ahli keluarga dan pesakit sendiri mengenai risiko yang boleh membahayakan kepada tubuh dan nyawa pesakit jika tidak membenarkan pihak hospital memberikan rawatan terbabit.

"Bagaimanapun, pesakit tidak bersetuju dengan rawatan disyorkan dan memohon dia dibenarkan pulang atas risiko sendiri.

"Namun, pihak hospital masih menempatkan pesakit di ICU untuk pemantauan walaupun pesakit enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan memandangkan keadaannya masih kritikal serta berisiko menyebarkan COVID-19 kepada individu lain jika dibenarkan pulang," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan rakaman video dan audio yang tular di media sosial mempertikaikan kredibiliti petugas perubatan berbuat demikian terhadap pesakit terbabit.

Media sosial semalam dibanjiri paparan video dan audio seorang lelaki pesakit COVID-19 berusia 43 tahun yang mendakwa dia dipaksa mendapatkan rawatan sehingga dimasukkan ke ICU dan memakai topeng oksigen.

Pesakit itu meminta dirinya dibebaskan dan dibawa keluar dari hospital kerana mengatakan dirinya sihat tidak seperti dimaklumkan petugas perubatan.

Keadaan itu menjadi perdebatan antara warganet yang menasihatkan pesakit tidak boleh bertindak sedemikan berikutan bimbang mendapat gejala 'happy hypoxia' jika tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Dr Ma'arof berkata, pihak hospital juga menafikan pesakit tidak diberi makanan ketika di ICU, malah memaklumkan makanan berbentuk cecair seperti susu diberi bagi memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan komplikasi.

"Pihak hospital sentiasa prihatin dan akan meneruskan pemantauan terhadap pesakit terbabit dan sentiasa memberi maklum balas berkala kepada keluarga pesakit," katanya.

Beliau berkata, orang awam dan pesakit yang mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan boleh memohon secara terus dengan pihak hospital yang berkenaan bagi penambahbaikan perkhidmatan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.191905 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list