CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis selesai rakam keterangan Guan Eng

[Copy link]
Post time 13-9-2021 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Polis selesai rakam keterangan Guan Eng[size=0.8]Audrey Dermawan - September 13, 2021 @ 5:06pmaudreymd@nst.com.my


Guan Eng ketika berucap pada sidang DUN Pulau Pinang pada 2 September lalu. FOTO NSTP



GEORGETOWN: Polis merakam keterangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung laporan yang mendakwa beliau tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain, berkata Ahli Parlimen Bagan itu dipanggil untuk tujuan soal siasat pada Jumaat lalu, sebaik selesai menjalani perintah kuarantin.

"Siasatan masih dijalankan untuk menyelesaikan kertas siasatan yang dibuka terhadapnya," katanya, hari ini.

Polis setakat ini difahamkan menerima tiga laporan berhubung perkara sama.

Pada Rabu lalu, GERAKAN Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih kerana didakwa 'melanggar' perintah kuarantin di rumah.

Laporan polis itu dibuat Pemuda GERAKAN Pulau Pinang, Mohd Aswaad Jaafar dan Andrew Teow Chin Siang di balai polis Jalan Patani.

Aswaad dilaporkan menggesa polis menyiasat Guan Eng selepas ADUN Air Putih itu menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2 September lalu.

Peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo, pula memaklumkan mahkamah anak guamnya tidak dapat menghadiri prosiding perbicaraan kerana diarah menjalani perintah kuarantin di rumah, dari 1 hingga 10 September.

Guan Eng, menerusi kenyataan balas kemudian menjelaskan beliau berkemungkinan dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif COVID-19 pada 2 September lalu, iaitu hari sama ketika menghadiri sidang DUN.

Susulan itu, beliau akur kepada perintah pihak berkuasa kesihatan untuk terus menjalani kuarantin di rumah, sebaik menghadiri sidang DUN pada 2 September lalu dan disahkan negatif menerusi ujian saringan.

Pada 6 September lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan perintah kuarantin di rumah, dari 1 hingga 10 September terhadap Guan Eng dan dipakaikan gelang pengawasan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.213868 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list