View: 14602|Reply: 116
|
Isteri merajuk gara-gara suami ‘pecahkan’ mangkuk
[Copy link]
|
|
Isteri merajuk gara-gara suami ‘pecahkan’ mangkuk
https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... i-pecahkan-mangkuk/
Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR
13 September 2021, 12:19 pm
Keadaan mangkuk yang dipecahkan secara tidak sengaja.
PETALING JAYA – Tindakan seorang suami yang secara tidak sengaja memecahkan mangkuk semasa memanaskan lauk membuatkan isterinya merajuk terhadapnya.
Menerusi satu hantaran di Facebook Suami Masak Apa Hari ini, Shahiran Ean menjelaskan beliau meminta pertolongan orang ramai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Menurutnya, dia cuba memanaskan lauk yang telah dimasak tetapi nasib malang menimpanya apabila mangkuk yang diletakkan kuah itu pecah.
“Saya masak gulai telur ikan. Dah selesai makan tengahari, simpan di dalam peti. Maghrib tadi hajat hendak makan malam, dengan baik hatinya, saya panaskan gulai tadi, tiba-tiba berderai macam ini.
“Dah cuba jujur dengan isteri, bawa tunjuk kepada dia, saya mengaku kesalahan saya, namun dia buat muka sedih macam tidak menerima permohonan maaf,” katanya.
Di ruangan komen pula, rata-rata orang ramai menasihati agar si suami tidak mengulangi perkara itu dan berbincang bersama isteri untuk menjernihkan keadaan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut meninggalkan komen dengan menyatakan, si suami perlu memujuk isterinya dan berbincang untuk tidak menjadikan masalah itu berpanjangan.
“Bincang baik-baik ya. Moga dipermudahkan urusan. Rasulullah SAW juga pujuk isteri, kalau ada antara isterinya merajuk,” tulisnya.
Sementara itu, Janovic Sibang berkata, suami itu perlu membawa isterinya ke kedai yang menjual pinggan mangkuk terbabit untuk membeli atas pilihannya sendiri.
“Dia macam ini, orang perempuan ini, kalau dah diganti satu set yang sama ke, set jenama yang lebih mahal ke, mereka tetap tidak mahu. Kalau boleh set yang dipecahkan itu dikembalikan dalam bentuk asal secara ghaib.
“Solusinya, bawa isteri ke tempat set pinggan mangkuk tersebut, biarkan si isteri pilih atau cari set yang dia mahukan berdasarkan standard cita rasanya sendiri,” ujarnya. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuar peti teruz panaskan
Mmg la pecah
Haiyaaa...
Lain la periuk besi... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa
kenapa tak pakai periuk Desimi
rupa mcm mangkuk gak
aku kenal jenama ni pun lepas brg bini tempah
tau2 dah sampai depan rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini Corelle country rose kan...
Corak ini masih banyak di pasaran...
Beli saja yang baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
mengadanya bini ..baru kawen agaknya..
ganti la set pinggan mangkuk baru..kalau merajuk lg kawen baru jer la bang |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bagutahu engkorang terpaling bahagia ke? uweeekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
kak chazey jgn jeles
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 13-9-2021 02:05 PM
Tak minat guna piyuk kaca kat umah byk guna stainless steel je yg pasti beli brand yg helok hat tebal dan berat.
Walau harga agak mahal tp puas hati tahan lama walau selalu guna.
Nak plak kalau masak yg lama sampai berjam2 tu.
Lama tak masuk fb suami masak apa hari ini ni, rupanya ex menteri pun ada dlm group tu.
Dulu rajin gak skodeng group tu nak cari resepi, penuh org jantan belaka org pompuan dorang tak bg join.
Asal dorang komen yg murni2 ok la bosan kalau jenis sikit2 nak dabel meaning nih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti tak belajar sains la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cap_ayam at 13-9-2021 02:08 PM
bukanke corelle boleh terus dari peti ais ke stove? anyway piuk mahal2 ni saya tak berani nak guna atas api kecuali vision dan luminarc. kalau correlle ni guna microwave je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku la kan.. Aku suka weiii.. Boleh minta beli baru.. Muahahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala guna la itu sebagai alasan nak beli baru. Minta la dia belikan Le Creuset ke, Staub ke.... Itu pun nak kena ajar ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Pgi kedai 2 hengget beli je yg corak lbh kurang mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut meninggalkan komen dengan menyatakan, si suami perlu memujuk isterinya dan berbincang untuk tidak menjadikan masalah itu berpanjangan.
“Bincang baik-baik ya. Moga dipermudahkan urusan. Rasulullah SAW juga pujuk isteri, kalau ada antara isterinya merajuk,” tulisnya
WOWWW AMAZINGGGGGG |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by guesswho09 at 13-9-2021 02:29 PM
Suami pernah pecahkan pinggan portmeirion
i ok… tak marah pun
tapi bila dia pecahkan jug & pinggan antik
mmg i marah gilerrr
Dia tak cakap dia pecahkan
i found it by myself a few days later |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 13-9-2021 01:56 PM
Ini Corelle country rose kan...
Corak ini masih banyak di pasaran...
kan. I kalau pinggan masih ada di pasaran
i tak marah kalau pecah |
|
|
|
|
|
|
|
ganti aja..benda bukan rare pun..
paling2 offer ganti satu set yg dia berkenan..
settle..
kot la set2 vintage yg berkecai baru la berbaloi nk merajuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
masak je lauk yg sama |
|
|
|
|
|
|
| |
|