Anak pasangan artis era 70an, Allahyarham Zulkifli Zain dan Normala Omar, Dr Norzizi Zulkifli memberikan kata-kata semangat kepada anak yang perlu menjaga ibu bapa yang sakit.
Baginya, dugaan memang banyak namun perlu kuatkan hati bagi memberikan yang terbaik kepada orang yang banyak berjasa dalam hidup kita.
"Ini lah nikmat, bukan beban."
Foto G
Norzizi turut mengimbas kembali kenangannya menjaga bapanya sehingga kematian yang memisahkan mereka setahun lalu.
Jadi, dia turut menasihatkan mereka yang berada di situasi sama supaya tidak merasakan ianya beban kerana jasa orang tua lebih besar dari segala-galanya.
"Jangan kira, orang tu tak buat, orang tu tak kena jaga! Balik2 aku! No! Tidak Ada istilah balik2 aku! Itu REZEKI TERBESAR!!! Anda memerlukan mereka untuk nikmat hidup anda, bukan mereka sahaja yang perlukan anda!
Foto : IG
Ingat ya, tiada istilah atau ungkit-mengungkit "balik-balik aku yang kena jaga!" - CARI
|