CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2338|Reply: 1

[Perlis] DJ Benjo 'korbankan' dinding rumah luah semangat patriotik

[Copy link]
Post time 12-9-2021 06:39 PM | Show all posts |Read mode
DJ Benjo 'korbankan' dinding rumah luah semangat patriotik[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - September 12, 2021 @ 1:21pmbhnews@bh.com.my


Mohamad Nasir Yaacob atau DJ Benjo menyiapkan mural patriotik pada dinding rumahnya di Mata Ayer, Chuping, Padang Besar. - NSTP/Luqman Hakim Zubir



PADANG BESAR: Pengalaman arwah bapanya sebagai anggota pasukan kawalan atau 'Home Guard' pada zaman keganasan komunis sedikit sebanyak menyemai erti patriotik dalam diri.

Tidak hairanlah, seorang pengurus alat siar raya dan pengacara majlis keramaian, Mohamad Nasir Yaacob, 48 sanggup 'mengorbankan' dinding luar kediamannya sebagai ruang mural patriotik sempena Hari Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 tahun ini.

Lebih dikenali sebagai DJ Benjo dalam kalangan penduduk Guar Nangka di Mata Ayer, Chuping, dekat sini, Mohamad Nasir berkata, dia melihat perjuangan arwah bapanya ketika menentang komunis sebagai satu pengorbanan murni dalam memastikan negara terus merdeka dan keamanan dikekalkan.

"Saya mengenang semula perjuangan ayah saya sebagai anggota 'Home Guard' yang membangkitkan semangat patriotisme dalam sanubari saya dan anak-anak, menyebabkan saya ingin meluahkan sesuatu menerusi seni.

"Maka, saya sanggup 'korbankan' dinding di luar rumah untuk dilukis mural patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 tahun ini," katanya ketika ditemui di kediamannya.

Katanya, lukisan mural itu mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya kerana ada sahaja idea baharu ingin diluahkan menerusi hasil seni berkenaan.

Mohamad Nasir Yaacob atau DJ Benjo sanggup ‘mengorbankan’ dinding luar kediamannya sebagai ruang mural patriotik sempena Hari Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 tahun ini. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

"Idea sentiasa bergerak setiap masa, ada sahaja objek yang ingin ditonjolkan pada mural berkenaan sebagai lambang kecintaan kepada negara. Saya mulakan dengan lakaran pada kertas dahulu sebelum menghasilkan blok lukisan.

"Lukisan pada dinding ini, sama ada menggunakan penyembur cat atau cat warna di mana kos untuk menghasilkannya murah sahaja, hanya sekitar RM300. Saya turut dibantu anak-anak berusia lima hingga 20 tahun untuk menghasilkan lukisan serta hiasan bertemakan Malaysia ini," katanya.

Mohamad Nasir turut meletakkan elemen seperti bunga raya, peta Perlis, Rukun Negara serta gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Ramai bertanya mengapa perlu hasilkan lukisan ini pada dinding rumah sendiri. Saya beritahu, ini bentuk penghargaan saya kepada petugas barisan hadapan yang menyumbang terhadap keamanan yang kita kecapi selama ini.

"Apa yang saya lihat sekarang, tidak ramai generasi muda begitu menghargai keamanan yang kita kecapi selama ini selain tidak begitu peka dengan sejarah tanah air. Di dinding inilah, setidak-tidaknya satu kesedaran untuk rakyat cintakan negara dapat disemai," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 08:35 PM | Show all posts
dah macam tadika kaka masa kecik2 dulu cmni lah suasana nya masa hari kebangsaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.067776 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list