CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2392|Reply: 4

[Borneo] Tiga juta remaja terima vaksin

[Copy link]
Post time 12-9-2021 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan keseluruhan remaja dalam negara akan menerima vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan baharu bermula Januari tahun depan.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata proses pemberian vaksin kepada tiga juta remaja akan dimulakan bulan ini di beberapa negeri tertentu terlebih dahulu.

"Kementerian Pendidikan dijangka akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat esok dan kami berharap dapat mencapai sasaran semua remaja divaksin seawal Januari 2022," katanya pada sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Beliau juga berkata proses pemberian vaksin kepada kira-kira 130,000 remaja di Pulau Pinang akan bermula hujung bulan ini dan ia akan dilaksanakan di sekolah masing-masing dengan kehadiran ibu bapa mereka.

"Murid-murid akan dipanggil untuk proses vaksinasi mengikut keutamaan bermula minggu ke empat bulan ini di Pulau Pinang. Saya akan tentukan minggu depan jadual vaksinasi remaja untuk negeri-negeri lain pula," katanya.

Sementara itu Khairy berkata pihaknya belum membuat keputusan berkenaan proses pemberian vaksin untuk warga asing di Pulau Pinang secara jumpa terus seperti yang dilaksanakan di Lembah Klang sebelum ini.

Beliau seterusnya menggalakkan pesakit di tahap satu dan dua yang berisiko tinggi di Pulau Pinang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) Jawi di Nibong Tebal.

Katanya beliau difahamkan kapasiti katil PKRC MEC berjumlah 1,038 namun ketika ini penggunaannya hanya 500 dan KKM menggalakkan pesakit COVID-19 di tahap satu dan dua untuk turut juga kuarantin di situ.

"Kami memerlukan kerjasama wakil komuniti dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk memujuk pesakit-pesakit yang berisiko untuk menjalani kuarantin di PKRC bagi mengurangkan kadar jangkitan," katanya.

Beliau berkata KKM juga akan membuka PKRC tambahan di Pusat Latihan Zakat (PULAZA) di Balik Pulau yang menawarkan 190 katil selain meminta pihak swasta membantu dalam penubuhan PKRC swasta memandangkan terdapat pesakit di Pulau Pinang yang memilih untuk menjalani kuarantin di PKRC swasta.

-- BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 08:24 AM | Show all posts
OK la nih..              
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana yang baik kita sokong
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 10:54 AM | Show all posts
Ank iols la dlm 3j tuu  paksa rela
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, hrp laju vaksin utk remaja sebab d rmh ni ada sorang ketinggalan, sian dia sorang je yet to be vaccinated.

Population kita age 12-18 yg bersekolah seramai 3 juta yer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.060633 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list