CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1055|Reply: 0

[Pulau Pinang] KKM cadang bekalkan oximeter kepada golongan berisiko

[Copy link]
Post time 11-9-2021 08:34 PM | Show all posts |Read mode
KKM cadang bekalkan oximeter kepada golongan berisiko[size=0.8]Zuhainy Zulkiffli - September 11, 2021 @ 4:12pmbhnews@bh.com.my


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada sidang media berkaitan isu semasa COVID-19 di Auditorium A, Tingkat 5, Komtar hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong.




GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perancangan untuk membekalkan alat pengukur kadar oksigen atau oximeter kepada golongan berisiko.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata ia susulan peningkatan jumlah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima yang mengalami hipoksia tanpa sebarang gejala.

"Melihat kepada peningkatan itu, kita akan usahakan untuk memberi oximeter kepada golongan berisiko tinggi.

"Kita akan segera laksanakan kiraan bajet bagi pemberian oximeter ini," katanya pada sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.


Khairy berkata, KKM juga menyokong sekiranya ada pihak yang mahu membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) COVID-19 swasta di hotel.

"Kita menyokong jika ada syarikat atau kilang yang mahu biayai PKRC swasta bagi kakitangan atau pekerja mereka yang menjalani kuarantin.
"Dengan cara itu mungkin boleh menyumbang akses kemudahan kepada orang ramai," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan Khairy berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan hospital swasta bagi meningkatkan kapasiti pesakit termasuk pesakit COVID-19.

Beliau berkata, pihaknya juga akan meminta tambahan 1,000 katil bagi pesakit COVID-19.

"Kapasiti hospital swasta sudah mencapai 87 peratus sementara unit rawatan rapi (ICU) pula sudah mencapai 117 peratus.

"Justeru, kita minta supaya kapasiti ini dipertingkatkan," katanya.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065558 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list