CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1510|Reply: 2

[Pulau Pinang] Lelaki Myanmar ditahan guna identiti orang lain suntik vaksin

[Copy link]
Post time 10-9-2021 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Myanmar ditahan guna identiti orang lain suntik vaksin[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 10, 2021 @ 2:13pmbhnews@bh.com.my


Barangan milik lelaki warga Myanmar berusia 45 tahun yang dirampas, di sini, kerana disyaki menggunakan identiti individu lain bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. - Foto PDRM



GEORGETOWN: Lelaki warga Myanmar berusia 45 tahun ditahan polis di sini, semalam, kerana disyaki menggunakan identiti individu lain bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Tindakan lelaki itu dikesan selepas polis menerima laporan daripada lelaki warga Myanmar berusia 44 tahun yang mendapati namanya sudah menerima suntikan vaksin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, perkara itu disedari mangsa pada 6 September lalu ketika hadir di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Tapak Pesta Sungai Nibong, di sini.

Namun, mangsa diberitahu petugas berkenaan bahawa nama dan nombor pasportnya sudah didaftarkan menerima suntikan di PPV Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) Gurney Paragon Mall pada 20 Ogos lalu.

"Suntikan kedua pula dijadualkan berlangsung pada 9 September di PPV yang sama.

"Berikutan tidak berpuas hati, mangsa kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki ada individu lain yang menggunakan identitinya bagi mendapatkan suntikan vaksin," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Soffian berkata, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Polis Pulau Tikus dengan bantuan petugas PPV berjaya menahan suspek yang hadir bagi menerima suntikan vaksin di PPV RiVAC Gurney Paragon Mall, semalam.

Katanya, polis turut merampas dokumen yang ditemukan bersama suspek termasuk i-kad dan kad pengenalan individu lain iaitu milik mangsa.

"Suspek yang ditahan itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (penipuan) dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya lagi.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak sesekali menggunakan cara yang menyalahi undang-undang semata-mata bagi mendapatkan suntikan vaksin.

"Masyarakat juga perlu menjaga kerahsiaan maklumat peribadi supaya tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, " katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka pon manusia jugok...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
heheheeheh
aik bukan ke free boleh walk in?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061494 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list