CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas Penolong Penguat kuasa JPJ dipenjara 20 bulan, denda RM80,000

[Copy link]
Post time 9-9-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Penolong Penguat kuasa JPJ dipenjara 20 bulan, denda RM80,000
| | 09 September 2021




BUTTERWORTH - Seorang bekas Penolong Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dihukum penjara 20 bulan dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menerima suapan lima tahun lepas.


Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Hanisham Din, 50, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.


Hanisham didakwa menerima suapan daripada syarikat Kedah Coastal Transport & Trading Sdn Bhd sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lori-lori milik syarikat tersebut yang dikatakan mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 2016.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan lapan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Hanisham pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 21 Ogos 2019 dan mengaku tidak bersalah ke atas kesemua pertuduhan dan pertuduhan pilihan.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya SPRM Azlan Basri manakala tertuduh diwakili peguam C P Ang. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... bulan-denda-RM80000
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.594329 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list