Seorang lelaki di Tokyo, ditahan selepas dipercayai mencuri 730 coli dan seluar dalam.
Lapor New York Post, polis menahan Tetsuo Urata, 56, selepas menemui timbunan pakaian dalam wanita di apartmennya di Beppu, Jepun.
Difahamkan, lelaki itu ‘obses’ dengan pakaian dalam dan mencurinya daripada pelbagai mesin cucian.
Kredit foto: New York Post
Polis turut merampas kesemua pakaian dalam berkenaan ketika serbuan dibuat.
Menurut laporan, gerak-geri lelaki itu terbongkar selepas seorang penuntut kolej yang membuat laporan polis.
Penuntut kolej itu mendakwa suspek mencuri enam seluar dalamnya di sebuah mesin cucian pada 24 Ogos lalu.
Susulan menerima maklumat, polis mengekori suspek dari sebuah pusat cucian dan mengejarnya sehingga ke sebuah apartmen sebelum mengaku kesalahannya itu.
Difahamkan, sudah lama polis tidak membuat rampasan sebesar ini membabitkan pakaian dalam.
Sumber: OhBulan |