CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 0

Sindiket 'Baim Wong' Berdepan Hukuman Penjara 4 Tahun

[Copy link]
Post time 9-9-2021 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Bahagian Siasatan Jenayah Polis Metro jaya berjaya memberkas 10 ahli sindiket penipuan menggunakan nama artis Baim Wong.


Lapor Suara.com, suspek memperdaya mangsa kononnya memenangi hadiah wang tunai bernilai 50 juta rupiah (RM14,574) secara percuma.


Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, kes terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada Baim Wong sendiri selepas mendapati namanya digunakan dalang sindiket tersebut.




Kredit foto: Suara.com



Katanya, sindiket menjalankan modus operandi melibatkan dua kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada dua sehingga lapan orang.


Jelasnya, mereka akan menggunakan taktik sama dengan menghantar kiriman mesej kepada mangsa.


“Mereka akan menghantar mesej secara rawak kepada mangsa dengan kandungan mesej tertera ucapan tahniah, nombor yang mengatakan layak mendapat 50 juta rupiah secara percuma dari Baim Wong,” jelasnya.


Menurut Yusri, selepas berjaya mendapatkan mangsa, ahli sindiket akan meminta beberapa bayaran bagi tujuan pengurusan, cukai serta kos penyiaran untuk siaran televisyen swasta.


Katanya, seorang mangsa turut mengaku pernah ditipu sebanyak 11 juta rupiah (RM3,200).




  



Kes disiasat mengikut Perkara 378 Kanun Keseksaan dan pesalah berdepan hukuman penjara selama empat tahun.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.318058 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list