Dua hari lepas, penyanyi Bad Indigo memaklumkan yang dia akan menjalani pembedahan kaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Oleh itu, Bad meminta kesemuanya berjalan lancar serta mengucapkan terima kasih terhadap segala bantuan yang diberikan oleh ramai kenalan kepadanya.
Terbaharu, isterinya yang juga penyanyi, Ashira memberitahu yang Bad sudah pun keluar hospital.
Foto G
Foto : IG
Rakan-rakan artis seperti Ayu Damit, Rozita Izlynn dan Aju Success turut mendoakan kesembuhan Bad.
Terdahulu, kelima-lima jari kaki kirinya telah dibuang sebelum ini akibat penyakit diabetis yang dihidapi.
Tiada penjelasan lanjut daripada kedua-duanya. Namun, diharapkan semuanya baik-baik sahaja. - CARI
|