View: 7431|Reply: 47
|
[Tempatan]
Hakim tegur anak Zahid Hamidi komen kes bapanya di media sosial
[Copy link]
|
|
Hakim tegur anak Zahid komen kes bapanya di media sosial
https://www.malaysiakini.com/news/590466
Diterbitkan 8 Sep 2021, 1:52 pm
Dikemaskini 2:04 pm
![](https://icf.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/08/c456c9a34811ab7d6dc1a7134ef9c837.jpg=s660)
Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berlangsung.
Amaran itu dikeluarkan Datuk Collin Lawrence Sequerah setelah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah telah membuat hantaran mengenai kes bapanya di Instagram.
“Mahkamah perlu memberi amaran tentang komen seperti itu yang boleh membawa kepada sub-judice. Komen seperti itu tidak boleh dibuat semasa perbicaraan sedang berlangsung,” kata Hakim Sequerah.
Terdahulu, Raja Rozela berkata pihak pendakwaan percaya Nurulhidayah membuat hantaran berhubung isu imuniti semalam di Instagramnya, nurul.zahid.
![](https://icf.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/04/55b4db6413e2b2e856a8c267154b78cb.jpg)
"Kami percaya penulisnya ialah anak perempuan Ahmad Zahid. Komen ini tidak berasas dan prejudis. Tidak adil bagi pihak pendakwaan kerana kes ini masih berjalan.
“Saya tidak diarahkan supaya memulakan prosiding menghina tetapi memadai memaklumkan orang ramai supaya supaya tidak membuat sebarang komen berhubung prosiding ini," katanya dan menambah bahawa mahkamah perlu melarang penulis (Nurulhidayah) dan orang ramai daripada membuat sebarang komen mengenai kes itu.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid kemudiannya bangun dan memberitahu mahkamah bahawa beliau akan meminta penulis (Nurulhidayah) supaya menarik balik komen tersebut.
"Pertamanya, kami memohon maaf kepada mahkamah. Kami akan meminta penulis supaya memadam hantaran itu jika mahkamah mahu ia dikeluarkan," kata peguam itu.
Semakan Bernama di Instagram Nurulhidayah mendapati beliau telah memadamkan hantaran berkenaan dan memuat naik catatan baharu yang meminta maaf kepada mahkamah mengenai perkara tersebut.
"Saya tidak sepatutnya berkongsi atau komen apa yang berlaku semasa prosiding. Ini tidak akan berlaku lagi," katanya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan melibatkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan kesnya kini di peringkat penghujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak boleh komen perbicaraan yang sedang berlangsung – mahkamah
https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... rlangsung-mahkamah/
Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR
8 September 2021, 11:48 am
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/Nurul-Hidayah-Ahmad-Zahid-1.jpg)
Nurul Hidayah
KUALA LUMPUR – Orang ramai termasuk anak perempuan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen dalam laman sosial berkaitan perbicaraan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini didengar di Mahkamah Tinggi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika menegur Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 42, menyatakan, sebarang ulasan yang bersifat `sub-judice’ tidak sepatutnya dibuat pada peringkat ini kerana perbicaraan masih berlangsung dan belum diputuskan oleh mahkamah.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membangkitkan isu hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun Instagram atas nama nurul.zahid menyentuh isu imuniti yang dihujahkan oleh pihak pembelaan, Isnin lalu.
Menurut Raja Rozela, komen tersebut yang dikeluarkan semalam adalah tidak berasas dan memprejudiskan pihak pendakwaan dan prosiding yang sedang berlangsung.
Hujah beliau, pemilik akaun tersebut memperlekeh-lekehkan undang-undang kerana isu imuniti yang disentuhnya masih dalam pertimbangan mahkamah dan belum diputuskan.
Ujar Raja Rozela, tindakan pemilik akaun tersebut adalah bersifat `sub-judice’ dan mahkamah perlu menghalang beliau dan pihak-pihak lain daripada mengeluarkan sebarang ulasan berkaitan kes pada bila-bila masa.
“Pada ketika ini, pihak pendakwaan tidak menerima arahan untuk mengemukakan permohonan agar tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadapnya, namun memadai agar orang awam diberi peringatan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen,” ujar beliau.
Sementara itu, peguam Hamidi Mohd. Noh yang mewakili Ahmad Zahid memohon maaf kepada mahkamah dan memberi jaminan untuk memaklumkan kepada Nurulhidayah agar memadam hantaran tersebut jika mahkamah menghendakinya berbuat demikian.
Dalam pada itu, semakan yang dijalankan terhadap laman Instagram milik Nurulhidayah menunjukkan pemilik akaun itu menyatakan permohonan maaf manakala hantaran tersebut telah dipadam.
Pihak pendakwaan membangkitkan isu berkenaan sebelum mahkamah mendengar penghujahan kes Ahmad Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan iaitu 27 pertuduhan pengubahan wang haram, 12 pecah amanah dan lapan rasuah melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
aih..kasi tangkap la atas tuduhan menghina mahkamah ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga hukuman setimpal menanti |
|
|
|
|
|
|
|
Wak jahid patut dpt imuniti drpd sebarang tuduhan atau hukuman ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Yang benar,
-peguam wak jahid-
Anak wak jahid mmg dikenali kuat mencabup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan ni menyemak la, mcm die pulak presiden umno, melalak je x habis2....kau sedar x kau di benci oleh rakyat msia |
|
|
|
|
|
|
|
cant wait. agak2 apa result nya. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa saja la macik renyeh ni..heret acik ke mahkamah juga, ganggu prosiding. Nk sgt publisiti murahan kann |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa aku rasa satu hari nanti (quite soon i guess) anak dia ni akan jd MP..& opkos utk jd MP, kena menang PRU la..walaupun netizen mencerca beliau, pengundi2 di kwsan yg beliau akan bertanding akan bersatu hati mengundi & memenangkan beliau |
|
|
|
|
|
|
|
pekat tak campo air ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
orglama replied at 8-9-2021 04:02 PM
Kenapa aku rasa satu hari nanti (quite soon i guess) anak dia ni akan jd MP..& opkos utk jd MP, kena ...
iols pun pikir bgitu. nedim tu pn sama. gaya tu dah ada sgt masa jd staf apak dia. myampah…. |
|
|
|
|
|
|
|
kaklong ni sesuatu khenzz..handsome datuk collins tu walau dh berumo![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mencapup mcm bagus. Tolong diam. Nasib bapak kau tak jadi PM. Bygkan kalau jadi? |
|
|
|
|
|
|
|
zidane_ziege replied at 8-9-2021 03:15 PM
aih..kasi tangkap la atas tuduhan menghina mahkamah
I setuju biar berakal sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Good job Datuk Colin. Tegas
Negeri yg bg pangkat pada si komedi takde plk nak tarik pangkat dia |
|
|
|
|
|
|
|
i pun setuju menyampah tgk k long mendonia kt IG dia tu, semua nk tunjuk bagus je...nasib apaknya x jd PM, sama la mcm bosned tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Padannn muka pompuann ni besarrr kepala sgttt masa umno naikk balikk dulu, bekagakk menyalah guna kuasa. Padannn muka hakim tegurrrr. eh dia ni bukan dah berniqabbb bagaiii ke sebelum ni? Overrrr sgttt |
|
|
|
|
|
|
|
Seram tgk kening pompuan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya betullah tu. jgn komen lah sementara kes berlangsung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|