CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2946|Reply: 13

Yamani Teruja Nak Dapat Adik Baru, Kalau Boleh Nak Lelaki Boleh Buat Band

[Copy link]
Post time 8-9-2021 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Ramai peminat tumpang gembira apabila mengetahui isteri kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati kini sedang hamil 12 minggu.


Bukan sahaja peminat yang teruja mendengar berita itu, malah anak sulung Jamal yang juga penyanyi iaitu Yamani Abdillah turut memberitahu tidak sabar menanti kelahiran adik kelima itu.


Kata Yamani atau nama sebenar Osama Yamani Abdillah, 20, dia sendiri terkejut apabila mengetahui mengenai berita kehamilan yang dikongsi bapanya itu.




Foto: IG




"Seronok bila dapat tahu nak dapat adik lagi... Alhamdulillah! masa awal-awal tu saya pun tak tahu, selalu mesej bapa tanya khabar sahaja. Rupa-rupanya ada surprise, tak lama lagi bakal dapat adik kelima.


"Teruja bila mengetahui berita itu. Saya harap yang kelima ni biar lelaki lagi la... sebab senang sikit nak jaga nanti! Mungkin dah cukup lima beradik lepas ini kami boleh buat band pula.


"Apa-apa pun saya doakan semoga ibu tiri dan bayi dalam kandungan sihat sehingga hari kelahiran," katanya kepada mStar.




  



Yamani merupakan anak sulung Jamal hasil perkahwinan dengan Noraina Mohd Yusof, manakala anak kedua iaitu Zaki Yamani, 15, pula daripada perkahwinan ketiga.


Jamal, 62, kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati, 27, pada 6 April 2017 dikurniakan dua cahaya mata, Nur Azura Yamani, 22 bulan, dan El Issac Yamani atau Zack berusia sembilan bulan.


Berkongsi mengenai perkembangan seni, Yamani berkata dia terpaksa menangguhkan dua pelancaran lagu baharu tahun ini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




  



Salah satu lagu adalah duet bersama bapanya yang sepatutnya sudah memulakan proses rakaman beberapa bulan lalu.


"Sebenarnya sedikit kecewa dan sedih kerana dua lagu saya tak dapat dilancarkan tahun ini. Satu lagu solo, manakala lagu kedua duet bersama bapa.


  



  



"Selepas PKP berakhir barulah kita sambung semula rakaman dan penggambaran video muzik. InsyaAllah mungkin tahun depan lagu ini akan dilancarkan untuk peminat.


"Lagi pula sekarang saya berada di Ipoh, Perak bersama keluarga sejak awal PKP bulan Mei lalu jadi tak boleh nak rentas negeri untuk sambung kerja. Kalau semua dah dibuka, kita teruskan kerja macam biasa," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapaknya menceceh buat anak je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:01 PM | Show all posts
Anak dengan isteri sekarang ni segak2.. So, sementara sempat ni, beranak la lagi kan.. Nasib Tok Jamal kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
yg sulung tu suara sedap yer, mcm suara tokmal..tapi rasa janggal plak bila dengar suara tokmal tapi di badan org lain(walaupun anak sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:18 PM | Show all posts
masih aktif menabur benih ye apaknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut tok mal tu palsu ke betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 menabur benih apaknya pun. Tu pun ramai kata apaknya ensem padahal rupa macam eman manan je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias: Tak habis2 menabur benih apaknya pun. Tu pun ramai kata apaknya ensem padahal rupa macam eman manan je pun.

Menabur benih di tanah halal,apa salahnya..
Lagi pun mampu dari segi kewangan..teruskan jee laa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 03:35 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 8-9-2021 03:25 PM
Tak habis2 menabur benih apaknya pun. Tu pun ramai kata apaknya ensem padahal rupa macam eman manan  ...

Eman Manan tu hensem bagi aku
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:37 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 8-9-2021 03:35 PM
Eman Manan tu hensem bagi aku

Yup kategori lelaki melayu pure yg hensem
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 8-9-2021 03:35 PM
Eman Manan tu hensem bagi aku

Ooo tapi not my taste kot kaka

Iols suka lelaki yang nampak wajahnya, takmau yang suka pakai cermin mata 24 jam, apa ingat ko buta nak pakai cermin mata hitam hari2, dalam bilik air pun pakai cermin mata

Lepastu takmau yang bermisai panjang sangat tak trim sampai tutup bibir atas, iols taste pada manusia bukan ikan keli

Lepastu tak suka yang berjambang penuh macam sabut sawit persis nanas tu, geli nak kena kopek2 dan sikat2 serta cangkul2 untuk cari molot nak comolot iols tertarik pada manusia bukannya kelapa. sawit.

Lepastu tak suka yang badan2 besar berotot urat2 terkeluar tu macam zul ariffin, hairul azreen etc, dah macam akar pokok... Iols nak kahwin dengan manusia bukannya pohon tua
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dah besar dah ko nakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kedua jamal si zaki ada iras jamal, jamal kpop version haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 02:09 PM | Show all posts
hensem je jamal tu..pujaan hati dari iols kecik...

biarlah dia nak beranak pinak ramai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.079799 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list