CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1526|Reply: 0

[Borneo] Ujian Penilaian Kelas KAFA ditangguh

[Copy link]
Post time 7-9-2021 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober depan bagi calon 2020 dan 2021 secara serentak, ditangguhkan ke 15 hingga 18 November.
Keputusan dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin selain pusat peperiksaan melakukan persiapan secukupnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh semalam.

Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga optimis dengan usaha kerajaan ketika ini untuk menuju sasaran imuniti kelompok dan dengan itu membuat ketetapan hanya petugas peperiksaan yang mendapat dua dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.

"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan UPKK berjalan lancar dan berjaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Idris berkata, JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik COVID-19 di negara ini khususnya aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan.

Beliau berkata, JAKIM dengan kerjasama semua agensi menyediakan pelan tindakan demi untuk memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar.

Katanya, pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK juga dibuat mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan yang memutuskan sesi persekolahan untuk calon peperiksaan bermula pada 3 Oktober ini secara berperingkat mengikut perkembangan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052814 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list