View: 2039|Reply: 8
|
Mayat Pemandu Kereta Hanyut Redah Banjir Ditemukan
[Copy link]
|
|
Mayat seorang lelaki, dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Kiansom, Inanam di Kota Kinabalu, Jumaat lalu, ditemui pada Isnin.
Mayat Simon Sanga Tupe, 68, ditemui berdekatan dengan sungai Kiansom di Kg Dambai, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
"Kita akan mendapatkan pengesahan identiti lain daripada ahli keluarga," katanya.
Terdahulu, mayat mangsa ditemui penduduk kampung.
Kereta Myvi itu sebelum ini ditemui dan dibawa keluar dari sungai, dengan penemuan mayat penumpang, Juning Maturin, 27, yang terperangkap di tempat duduknya.
Simon bagaimanapun tidak berada di dalam kenderaan.
Insiden kereta Myvi YANG dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir pada kira-kira pukul 6 petang Jumaat, dirakamkan menerusi video yang tular.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang berlangsung selama empat hari ditamatkan pada Isnin. - CARI
Sumber: The Star |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya jumpa...salam takziah kpd keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar cerita sebelum tu ada 4 wheel yg lepas lalu jambatan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah diucapkan
Kalau dah deras sangat tu, jangan la menempah maut nak lalu |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
X fhm lh dorg ni
Air yg lalu tu totally dh mcm jd laluan sungai yg deras
Tp pi redah jgk
Kan dh mendapat
Btw igtkn kes myvi tu dh selamat
Rupanya meninggal ye
Kejadian jumaat lps, jumpa hr isnin
Berita keluar sabtu
Lm jgk br up
Anyway takziah pd family nya
Pengajaran pd semua jgn jd mcm ni
Btw mn pemerintah dorg
Ltk lh sign board ke
Buat jambatan sementara mcm yg tentera pny tu ke
Obviously ada segelintir rakyat yg x bijak dlm menilai risiko
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya ada 2 kenderaan 4wheel yang dari arah bertentangan myvi lalu sungai tu dan selamat. Pastu myvi ni barangkali kompiden selamat jugak..tp tulah..dah ajal kan..lagipun myvi ni kan ringan..bukan mcm 4wheel tu ada low gear dan mmg berat. Myvi ni tenggelam dalam sungai masa operasi menyelamat. 3 atau 4 hari ke baru jumpa kereta ni. Kondisi kereta pun remuk teruk mcm kena langgar treller..masa diyemui, jenazah masih dalam kereta |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya sekelip mata, rest in peace both of them
tapi nak komen on myvi drivers ni meols heran dorang punya pemikiran duk rasa kereta tu hebat sangat..kalau air naik kat semenanjung ni pon memang myvi la kaki redah air jugak..dorang taktau ke myvi tu ringan |
|
|
|
|
|
|
| |
|