CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5745|Reply: 33

Lebih Dua Bulan Di Mesir, Caprice Balik Malaysia Hari Ini

[Copy link]
Post time 6-9-2021 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan Caprice akhirnya berangkat pulang ke Malaysia hari ini.


Perkara berkenaan dikongsikan penyanyi rap berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.




Foto: IG




“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).


“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” katanya.


Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penerbangan mahu pun ketibaannya nanti.




  



Dia sebaliknya hanya memaklumkan berkenaan kiriman barang-barang tempahan orang ramai.


Katanya, sebaik tiba di tanah air dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuk kuarantin, barulah dia akan meneruskan aktiviti perniagaan yang lama tertangguh.


Caprice menjangka bakal menjalani kuarantin selama 10 hari, sekali gus urusan penghantaran tempahan barangan seperti jaket hoodies, tasbih dan buah tangan hanya dapat dilakukan selepas 18 September ini.




  



“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, tetapi malangnya saya sekarang mengendalikannya sendiri kerana kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” kongsinya lagi.


Pada masa sama, penceramah bebas merangkap usahawan itu turut memohon maaf berikutan kelewatan urusan berkenaan disebabkan agak lama meninggalkan perniagaannya itu.


Tinjauan Kosmo! Online menerusi Instagramnya, Caprice dilihat memuat naik status  terakhir sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan dalam InstaStory berbunyi, ‘Good bye and good night, see you in  Disember’, berlatarkan pemandangan malam dihiasi lampa-lampu.




  



Sebelum ini, dia pernah mendedahkan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.


Terdahulu, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu tiba di Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaza sebelum meneruskan penggembaraan solo ke Jordan kerana isu yang tidak dijelaskan secara terperinci.




  



Biarpun tidak dapat memasuki Palestin, Caprice tetap enggan pulang ke Malaysia malah meneruskan pelbagai aktiviti meluaskan jaringan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaaan di Mesir dan Jordan sepanjang bergerak solo.


Selain soal birokrasi dan kegagalan memasuki Palestin, nama Caprie turut memanaskan apabila diminta memberi keterangan kepada polis berhubung isu fitnah dan kes gangguan seksual melibatkan penceramah terkenal, Ebit Lew. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena sambut dgn bunga manggar ni....welkam back prince of damansara..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Balik pastu fight pasal wosim taguna tu ko jgn menggelabah puyuh lak ... U turn bagai
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 11:43 AM | Show all posts
so boleh dapat public holiday tak nak sambut beliyau kat epot?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 11:55 AM | Show all posts
kena sambut dia dgn kompang kat epot ke camne?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 11:57 AM | Show all posts
jadi PS ke pula ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2021 12:24 PM | Show all posts
so apa perubahan yg dia buat kt sana?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 12:31 PM | Show all posts
Primadonafera replied at 6-9-2021 12:24 PM
so apa perubahan yg dia buat kt sana?

nk keluar lagu baru katanya..
ber ranger rover di padang pasir berdengung...tu jihadnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
So hero msia dh nk balik dh ye??ada sapa2 smbut?kjpmpinan kjaan baru yg dia hrp2kn ke smbut mike
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:14 PM | Show all posts
ebit lew tak pi airport ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi apa jihad dan sumbangan kepris kt sana???
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik kena pakai jubah
Bela janggut panjang
Pi bg bantuan....nanti lupa la netizen tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong replied at 6-9-2021 11:57 AM
jadi PS ke pula ni?

I was thinking the same..duk sana lama2 da jd PS lak hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
"melaksanakan misi bantuan kemanusiaan"

Apa benda yg dia buat 2 bulan kat sana? Apa bantuannya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 6-9-2021 11:18 AM
Nak kena sambut dgn bunga manggar ni....welkam back prince of damansara..

Sila buat sambutan wira utk caprice mcm pemenang paralimpik & olompik
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:30 PM | Show all posts
lor balik ke aku ingat dah mohon PR Mesir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 01:40 PM | Show all posts
wanokakaka replied at 6-9-2021 12:31 PM
nk keluar lagu baru katanya..
ber ranger rover di padang pasir berdengung...tu jihadnya...

laaaaa itu ke misinya ke sana?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampir lupa kewujudan sheolss

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa barang jadi ps eco shop. Dak kepris jadi ps tanah arab bhaii..Jaga2 lagu terbaru beliyau bisa menakutkan kaum yahudi... Confirm kena gam kat radio yesrael.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
So nak kena sambut ala2 atlet paralimpik ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.217887 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list