CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1666|Reply: 1

[Perlis] Ibu menangis lihat Latif cedera

[Copy link]
Post time 4-9-2021 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Ibu menangis lihat Latif cedera[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


ROMLY (berkemeja T biru) dan Salmah (bertudung merah jambu) menyaksikan aksi lompatan Latif Romly. FOTO Aizat Sharif





Padang Besar: "Makcik berharap Latif selamat dan tidak mengalami apa-apa... apa pun makcik tetap berbangga dengan kejayaannya".

Begitulah luahan Salmah Yatim, 64, ibu kepada atlet lompat jauh paralimpik sensasi negara, Abdul Latif Romly yang berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya pada temasya Sukan Paralimpik Rio, Brazil pada 2016 apabila sekali lagi memenangi pingat emas acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun hari ini.

Salmah berkata, dalam kegembiraannya menyambut kemenangan Latif tersirat kebimbangan di hatinya apabila melihat kecederaan yang dialami oleh Latif selepas melakukan lompatan kelima.

"Makcik terkejut melihatnya terbaring dan tak dapat nak kata apa selain menangis melihatnya.

"Apa pun kami di sini berharap dia selamat sahaja," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan siaran langsung acara berkenaan di rumah anaknya di Taman Emas, Beseri, di sini hari ini.

Sementara itu, suaminya, Romly Mat, 70, melihat kejayaan anak bongsunya itu sebagai satu pencapaian gemilang kepada keluarga dan negara.

"Dia (Latif) pun dah lama tak balik sini dan syukurlah latihannya selama ini berjaya membuahkan hasil.

"Pakcik juga memang berharap dia dapat mengekalkan pencapaian pingat emas yang dimenanginya pada 2016 lalu," katanya.

Sementara, ahli keluarga Abdul Latif Romly berkumpul di rumah kakaknya, Siti Aminah, 35 menyaksikan siaran langsung acara berkenaan.

Malah laungan 'Terbang Latif Terbang' turut berkumandang setiap kali lompatan Abdul Latif dilakukan.

Abdul Latif memulakan lompatan dengan jarak 7.28 meter (m) sebelum meningkat kepada 7.45 m pada lompatan kedua yang menjadi jarak lompatan tertingginya sehingga dinobatkan juara.

Lompatannya bagaimanapun merosot sedikit pada lompatan ketiga yang merekodkan 7.24 m sebelum lompatan keempatnya dibatalkan.

Lompatan kelimanya pula sekadar mencatatkan 5.64 m kerana dia mengalami kecederaan sehingga tidak dapat meneruskan lompatan terakhirnya.

Namun itu tidak mengubah kedudukannya sebagai juara bagi anak kelahiran Paya Kelubi, Bukit Keteri, Perlis.





Disiarkan pada: September 4, 2021 @ 8:48pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk dlm rumah pun pakai face mask?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.597169 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list