CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1906|Reply: 17

Pingat Malaysia Dalam Paralimpik Tokyo 2020

[Copy link]
Post time 4-9-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by budi_jentayu at 5-9-2021 09:00 AM

4 September 2021 | TOTAL MEDAL COUNT


Bonnie Bunyau Gustin - GOLD
Cheah Liek Hou - GOLD
Abdul Latif bin Romly - GOLD
Jong Yee Khie - SILVER
Chew Wei Lun - SILVER


Thank you very much for the great achievements of our PARA HEROES!
We are proud of you!


#DemiMalaysia
#KontinjenMalaysia
#Paralympics
#Tokyo2020Paralympic
#WeThe15
#PCMxKPNPMalaysia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2021 05:35 PM | Show all posts
Simply the best


Tahniah Bonnie Bunyau Gustin. Pingat emas pertama Kontinjen Malaysia dan pemegang rekod Paralimpik.


#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #Tokyo2020 #Paralympics



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2021 05:37 PM | Show all posts
Edited by budi_jentayu at 5-9-2021 08:55 AM

You did it! Congratulations Jong Yee Khie


Pemenang pingat perak Powerlifting Kategori 107 kilogram Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #Tokyo2020 #Paralympics


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2021 05:38 PM | Show all posts
Edited by budi_jentayu at 5-9-2021 08:55 AM

You did it! Congratulations Chew Wei Lun


Pemenang pingat perak Boccia Mixed Individual BC1 Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #Tokyo2020 #Paralympics



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by budi_jentayu at 4-9-2021 05:55 PM

Simply the best


Tahniah Cheah Liek Hou. Pingat emas kedua Kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #Tokyo2020 #Paralympics


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by budi_jentayu at 4-9-2021 08:47 PM

Tahniah Latif! You are one of a kind


#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #Tokyo2020 #Paralympics


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by budi_jentayu at 5-9-2021 07:37 PM

3 pingat emas dan 2 pingat perak daripada mereka untuk Malaysia.


Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia di Temasya Sukan #Paralympics dan kami ingin mengucapkan terima kasih buat semua 22 atlet negara atas perjuangan anda. Tidak kira apa yang berlaku anda semua tetap memberikan aksi dan semangat yang luar biasa #DemiMalaysia #Tokyo2020 #KamiLuarBiasa #unifiedMalaysians #KamiTeamMalaysia


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2021 05:55 PM | Show all posts
Edited by budi_jentayu at 5-9-2021 08:00 PM

Berakhirlah Paralimpik Tokyo dengan acara penutup yang sedang berlangsung. Malaysia menamatkan kempen Paralimpik dengan 3 pingat emas dan 2 pingat perak. Secara keseluruhan berada di tempat ke-39 dunia. Di Asean kita menduduki tangga ke-2 di belakang Thailand yang mengutip 5 pingat emas 5 pingat perak dan 8 pingat gangsa. Tahniah dan syabas atlit Paralimpik negara kerana prestasi membanggakan dan menepati sasaran 3 pingat emas. Terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia!!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.atlet para semua terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
abdul latif pon tengah mendahului acara long jump, harap dapat bawa pulang emas ke 3
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 07:38 PM | Show all posts
another gold .... abdul latif romly
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Emas ketiga utk malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2021 08:47 PM | Show all posts
saya dah update di post #6
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!
Team Paralimpik Malaysia hebat!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia akhirnya capai sasaran pingat

Bernama
September 5, 2021 05:45 MYT

Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia akhirnya capai sasaran pingat
Malaysia berjaya mencapai sasaran tiga pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.

TOKYO: Debaran peminat sukan tanah air akhirnya terhenti apabila kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran tiga pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.

Kontinjen Malaysia nampaknya terpaksa menunggu sehingga malam tadi bagi meraikan kejayaan berkenaan, selepas Abdul Latif Romly menyumbang emas ketiga negara menerusi acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) di Stadium Olimpik.

Abdul Latif tidak menunggu lama untuk mengesahkan emas keduanya selepas Rio 2016, menerusi catatan pada lompatan pertama sejauh 7.26 meter (m) sebelum meninggalkan jauh pencabar lain dengan lompatan terbaiknya, 7.45m pada percubaan berikutnya.

Bagaimanapun, atlet kelahiran Perlis itu tidak berjaya melengkapkan lompatan terakhirnya pada percubaan keenam, selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki sejurus lompatan kelima dengan catatan 5.56m.

Situasi itu menyebabkan beliau terpaksa diusung dengan kerusi roda oleh pegawai perubatan untuk menerima rawatan lanjut, namun emas tetap memihak kepada Malaysia.

Atlet Greece Athanasios Prodromou merangkul perak menerusi lompatan terbaik 7.17m, manakala lompatan sejauh 7.12m membantu Nicholas Hum dari Australia untuk memenangi gangsa.

Sementara itu, sejarah baharu sukan negara tercipta di Yoyogi National Stadium apabila juara dunia enam kali Cheah Liek Hou, muncul pemain pertama memenangi emas dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), selepas sukan badminton dipertandingkan buat kali pertama di temasya berprestij itu kali ini.

Pemain nombor dua dunia itu menewaskan seteru utamanya Dheva Anrimusthi, yang juga pilihan utama dari Indonesia, 21-17, 21-15, pada hari keempat acara badminton, untuk menghadiahkan emas kedua Malaysia di Jepun.

Terdahulu, Liek Hou, 33, berdepan detik mencemaskan apabila tewas pada set pertama 15-21, kepada pemain Taiwan Fang Jen-Yu, sebelum mempamerkan kebangkitan memenangi set sedua dan set penentuan 21-10, 21-16, dalam aksi separuh akhir pagi tadi, bagi mengesahkan slot ke akhir.

Seorang lagi pemenang pingat emas Malaysia ialah jaguh powerlfiting Bonnie Bunyau Gustin, manakala Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia) pula meraih perak.

Dalam pada itu, keadaan trek licin akibat hujan renyai di Stadium Olimpik menyekat kemaraan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, untuk mempertahankan emas acara 100m lelaki T36 (kecacatan fizikal) dalam sesi pagi acara olahraga.

Mohamad Ridzuan yang memulakan larian dengan baik pada 50m pertama, mengakui keadaan itu menyebabkan beliau hampir terjatuh pada 10m terakhir perlumbaan dan tidak berupaya mencabar kedudukan pingat.

Pelari China Deng Peicheng membuat kejutan apabila meraih kejayaan berganda menerusi emas selain memecahkan rekod Paralimpik milik jaguh Australia James Turner, yang dilakukan pada peringkat saringan kedua semalam iaitu 11.87 saat (s), dengan rekod baharu 11.85s dalam aksi final.

James terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi catatan masa 12.00s manakala gangsa milik Alexis Sebastian Chavez dari Argentina yang melakukan catatan masa 12.02s.

Seorang lagi wakil negara Wong Kar Gee, yang bertanding dalam acara lompat jauh lelaki T13 (kecacatan penglihatan) terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan pada lompatan keempat dalam aksi sulungnya di pentas Paralimpik.

Atlet Azerbaijan Orkhan Aslanov, meraih emas dengan lompatan terbaik 7.36m, perak dimenangi Ivan Jose Cano Blanco dari Sepanyol (7.04m) manakala gangsa dimenangi atlet Amerika Syarikat Isaac Jean-Paul (6.93m).

Tiada atlet Malaysia yang akan beraksi pada hari terakhir temasya hari ini.
-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 11:00 PM | Show all posts
What an extraordinarily talented bunch they are.⁣
⁣
That’s the only conclusion one can come to when describing the national contingent’s 12-day battle for medals at the 2020 Tokyo Paralympics as the curtain finally comes down on the Games in the Land of the Rising Sun today.⁣
⁣
Not only did they meet the three-gold target, but the national contingent also created history when they ended the medal quest with two silvers to make this the country’s best-ever achievement since competing in the first edition in 1972 in Heidelberg, Germany.  ⁣
⁣
Read more at http://paralympic.bernama.com/news.php?id=2000098⁣
⁣
#Paralympics #Tokyo2020 #DemiMalaysia










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2021 11:10 PM | Show all posts
Ini dia kedudukan pingat terakhir #Paralympics #Tokyo2020 selepas tamat semua acara di hari terakhir dan kita kekal di tangga ke-39. Walaupun ranking lebih rendah tetapi pencapaian pungutan pingat lebih baik daripada #Rio2016! Syabas dan terima kasih semua atlet dan individu yang terlibat di Paralympic Games kali ini.  
#KamiLuarBiasa #unifiedMalaysians #DemiMalaysia #KamiTeamMalaysia




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2021 02:13 PM | Show all posts
DOMO ARIGATO KONTINJEN PARALIMPIK MALAYSIA!


Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah melabuhkan tirainya. Kontinjen Malaysia membawa pulang 3 Emas dan 2 Perak sekaligus mengharumkan nama negara di temasya yang penuh gilang gemilang itu, kontinjen Malaysia turut melakar pelbagai kisah suka duka, serta perjuangan atlet-atlet paralimpik negara di persada antarabangsa.


Walau apa pun pengakhirannya, anda semua kebanggaan kami. Anda semua luar biasa!


Terima kasih untuk semua kenangan yang telah dicipta. Kita berjuang lagi di Paralimpik Paris 2024.


#TeamKBS
#DemiMalaysia
#Paralimpik
#Tokyo2020




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.062799 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list