CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1819|Reply: 7

[Borneo] Guru enggan divaksin dilarang mengajar bersemuka

[Copy link]
Post time 3-9-2021 08:28 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR: Guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober nanti.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ini kerana timbul persoalan terhadap guru yang enggan menerima vaksin itu.

"Pada waktu ini, terdapat 2,500 guru enggan divaksinkan di negara ini dan kita akan terus mengadakan sesi libat urus bersama mereka.

"Apabila sekolah dibuka kelak, guru yang tidak divaksinkan ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar.

"Namun begitu, Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang tidak divaksin ini dan pada masa sama, kita sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan tindakan yang boleh diambil terhadap guru yang masih belum divaksinkan ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama Guru Sekolah Rendah Negeri Perlis di sebuah hotel, di sini hari ini.

Katanya, tindakan yang diambil itu adalah mengambil kira keadaan semasa terutama menjelang pembukaan sekolah kelak.

"Jumlah ini tidak ramai dan hanyalah segelintir daripada lebih 400,000 guru di negara ini jadi kita hendak jaga anak kita di sekolah supaya ibu bapa yakin persekitaran di sekolah itu selamat untuk anak kita.

"Ada guru yang tidak dapat divaksin ini atas masalah kesihatan namun ada juga guru yang memberi alasan seperti tidak yakin akan keberkesanan vaksin ini menyebabkan mereka menolak untuk menerima vaksin ini serta pelbagai alasan lagi.

"Segala alasan yang diberikan ini akan diteliti satu persatu dan kita minta supaya pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pusat Pendidikan Daerah (PPD) bertemu dengan jelaskan kepada guru ini terhadap keperluan vaksin ini kerana kita mahu pastikan ekosistem keseluruhan sekolah ini adalah selamat untuk anak kita," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 85.26 peratus guru di negara ini sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

"Sementara itu, sebanyak 96.7 peratus sudah menerima satu dos vaksin dan pada masa sama juga, kakitangan sokongan di sekolah termasuk pekerja kantin, kita turut mahu pastikan staf sokongan sekolah yang terdiri sektor pekerja kantin, kebersihan dan keselamatan divaksinkan," katanya.

Beliau berkata kementerian sudah pun mengeluarkan makluman kepada kumpulan itu iaitu mereka yang berada di kawasan sekolah mesti di vaksin.

"Terdapat 73.71 peratus kakitangan perkhidmatan sokongan sekolah sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.35 peratus lagi pula sudah pun menerima satu dos suntikan vaksin," katanya.

Radzi berkata, sesi pengajaran ketika pembukaan sekolah pada 3 Oktober hadapan akan diputuskan kelak berdasarkan situasi negeri mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara.

"Malah, terdapat perbezaan dari sudut pendekatan pengajaran juga dijalankan mengikut negeri pada fasa PPN ini.

"Segala mekanisma pengajaran ini akan dimaklumkan kelak sebelum bermulanya sesi pembukaan sekolah nanti," katanya.

Sementara itu, Perlis menjadi negeri pertama jelajah Sesi Libat Urus Guru dengan Menteri Kanan Pendidikan yang akan diikuti negeri lain selepas ini.

BHARIAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ada masalah kesihatan tu iols kasihan. S3moga dipermudahkan urusan. Yang bagi alasan tak yakin dengan vaksin tu iols mohon berhenti kerja. Rezeki Allah luas. Jangan bercampur dengan orang yang dah terpengaruh dengan ag3nda yahudi kaper lehnat.

Ingat, Allah yang bagi rezeki. Tak mati pun kalau berhenti kerja.

#donesokongantivaksib
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 09:08 PM | Show all posts
lagi deme sukaaaa....xyh masuk kelas...leh p niaga tudung
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm macam2 perihal sekolah sekarang.
cekgu cikgi ada niaga tapuware lagi ke sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 3-9-2021 10:13 PM
hmm macam2 perihal sekolah sekarang.
cekgu cikgi ada niaga tapuware lagi ke sekarang?

Bkn setakat tipuware, haiyo, merikei pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:06 PM | Show all posts
merrissa replied at 3-9-2021 01:08 PM
lagi deme sukaaaa....xyh masuk kelas...leh p niaga tudung

amboii haha ada ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2021 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by merrissa at 4-9-2021 06:22 AM
Vellfire replied at 3-9-2021 11:06 PM
amboii haha ada ke?


Ahahhhhaa ada je wehhhh
Juai kosmetik la mknn kesihatan laaa
Siap tyng reward kauuuu
Reward bukan sekupang dua kupang
Ribu riban wehhhh
Tp xkisahhh laa ko nak berniaga ke apo

baca kat mana tah
Forumer ckp keje hakiki kelaut, pas keje dia kt org lain amboiiiii

Alamak kang cikgu marah aku lak tp siapa yg mkn cili dia rs pedasnya hehehhee larikkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 4-9-2021 06:04 AM
Ahahhhhaa ada je wehhhh
Juai kosmetik la mknn kesihatan laaa
Siap tyng reward kauuuu

Sekarang cikgu dah naik taraf. Meniaga Le Creuset, Staub uols. Tak main dah tipuware ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.199528 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list