CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1978|Reply: 1

[Borneo] Banjir kilat melanda beberapa kawasan sekitar ibu negeri

[Copy link]
Post time 3-9-2021 03:32 PM | Show all posts |Read mode


BANJIR KILAT: Keadaan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu negeri.-gambar ehsan pembaca



BANJIR KILAT: Keadaan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu negeri.-gambar ehsan pembaca

KOTA KINABALU: Hujan lebat bermula petang kelmarin menyebabkan beberapa kawasan sekitar sini dilanda banjir kilat.

Antara kawasan terbabit termasuklah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar berdekatan Indah Permai, Kolombong, laluan berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan paling teruk banjir kilat ini turut melanda kawasan perumahan penduduk serta pusat komersial sekitar ibu negeri.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman di Kuala Penyu serta Beaufort.

Amaran sehingga jam 10 pagi itu juga turut diberikan kepada kawasan pantai barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran serta Labuan.

Sementara itu salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Seri berkata banjir kilat menyebabkan rumah mereka di Kampung Inanam Laut ditenggelami air banjir sekali lagi selepas hujan berterusan sejak semalam.

“Kejadian ini sudah kerap kali berlaku, dalam tahun ini sudah empat kali kawasan kampung kami dilanda banjir masing-masing Januari, Jun, Ogos dan hari ini.

“Keadaan banjir kilat yang tidak dapat dibendung ini menyebabkan situasi ya g sangat susah untuk kami terutama di dalam rumah iaitu kesan terhadap kerosakan peralatan elektrik serta perabot di rumah,” katanya.

Tambahnya situasi semasa pandemik COVID-19 turut menyukarkan mereka untuk mengganti barangan yang mengalami kerosakan kerana tidak mudah untuk mendapatkan sumber kewangan pada masa ini.

Oleh itu beliau meminta kepada pihak berwajib agar membantu menyelesaikan serta meringankan masalah yang dihadapi dengan meneliti kepada fasiliti serta keadaan pengaliran perparitan di sekitar kawasan ini agar kejadian seumpama tidak berlaku pada masa hadapan.



utusanborneo.com.my/2021/09/03

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2021 03:35 PM | Show all posts
54 mangsa banjir Beaufort, Sipitang dipindahkan ke PPS



PINDAH: Suasana di PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir Beaufort selepas dibuka sejak jam9.20 malam semalam.

KOTA KINABALU: Sejumlah 54 mangsa banjir kini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak semalam berikutan keadaan banjir yang semakin teruk di dua daerah.

Sekretariat Pengurusan Bencana Sabah dalam satu kenyataan berkata PPS Dewan DSP Mohd Dun Banir di Beaufort yang mula dibuka sejak petang Khamis mula menempatkan mangsa banjir sejak jam 9.20 malam semalam.

“Setakat ini PPS terbabit menempatkan 39 mangsa banjir daripada 13 keluarga selepas 60 buah rumah terjejas banjir di beberapa perkampungan sekitar daerah berkenaan.

“Mangsa banjir di PPS Dewan Mini Mesapol Sipitang turut menempatkan 15 mangsa banjir yang mula dipindahkan sejak jam 5.35 petang Khamis,” katanya.

Menurutnya status perkampung terjejas banjir masih kekal kepada 60 buah kampung di Beaufort dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) giat menjalankan operasi bagi bersedia dengan sebarang kecemasan serta operasi pemindahan penduduk.


utusanborneo.com.my/2021/09/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.776179 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list