CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 0

[Kedah] 'Kali terakhir jumpa keluarga Januari lalu'

[Copy link]
Post time 2-9-2021 09:29 PM | Show all posts |Read mode
'Kali terakhir jumpa keluarga Januari lalu'
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 02 September 2021


Ibu Allahyarham Mohamad Azrin, Romlah Osman, 59, dan suami, Mohamad Isa Osman, 58, (kiri) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam Sungai Petani.

SUNGAI PETANI - Kali terakhir Allahyarham Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa pulang ke Kedah bertemu keluarganya ialah pada Januari lalu ekoran larangan rentas negeri akibat pandemik Covid-19.


Kakak Allahyarham, Noor Azrina, 32, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga dan telah lebih tujuh tahun berkhidmat sebagai anggota tentera.


Menurut Noor Azrina, arwah sempat bercuti selama dua minggu di rumah keluarga dekat Taman Desa Aman, Sungai Lalang, Kedah setelah lama tidak pulang ke kampung berikutan tuntutan tugas selain larangan rentas negeri yang dilaksanakan.


"Allahyarham jarang cerita bab kerja, tetapi sebelum pergi, dia beritahu akan ke kursus, apabila dapat tahu (kejadian) memang terkejut terutama mak yang tidak berapa sihat," katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, biarpun terkejut, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham yang berkhidmat menabur bakti demi negara sehingga ke akhir hayat.


Pengebumian Allahyarham Mohamad Azrin Mohamad Isa dilaksanakan secara istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Kampung Pinang Dalam Sungai Petani.

"Kami syukur urusan pengebumian berjalan lancar dan berterima kasih kepada semua pihak khususnya Angkatan Tentera Malaysia yang menguruskan jenazah dan istiadat pengebumian Allahyarham," katanya.


Mohamad Azrin merupakan salah seorang anggota Kompeni Pandura, Markas 10 Briged (PARA) yang terlibat dalam Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Bera, Pahang.


Allahyarham yang sedang melaksanakan Latihan Penyusupan iaitu Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai Pahang di sekitar Kampung Batu Bor didapati hilang pada 29 Ogos lalu.


Jasad mangsa kemudian ditemui di Kampung Serengkam, Maran, Pahang kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian pada Rabu.


Allahyarham meninggalkan balu, Nor Aqila Syafiqa Safuan, 22, dan seorang anak, Naura Ayesha, 9 bulan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... luarga-Januari-lalu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.294353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list