CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1275|Reply: 2

[Kedah] Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin naik pangkat

[Copy link]
Post time 2-9-2021 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin naik pangkat[size=0.8]Izad Thaqif Hassan - September 2, 2021 @ 4:28pmbhnews@bh.com.my


Zamrose menyerahkan Jalur Gemilang kepada Nor Aqila sebagai tanda penghormatan terakhir. - Foto NSTP/Izad Thaqif Hassan



SUNGAI PETANI: Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, yang lemas di Sungai Pahang ketika menyertai Latihan Eksesais Para Predator dinaikkan pangkat Koperal, berkuat kuasa serta-merta.

Kenaikan pangkat Mohamad Azrin diumumkan Panglima Tentera Darat,

Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain selepas istiadat pengebumian selesai dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam di sini, tengah hari tadi.

Zamrose berkata, sebagai menghargai khidmat Allahyarham, Tentera Darat Malaysia (TDM) memberi anugerah pangkat secara 'posthumous' kepada arwah.

"TDM sentiasa mengambil berat kebajikan setiap anggota, terutama yang terkesan dengan insiden kemalangan atau kematian.

"Tidak kira sama ada kejadian berlaku ketika melaksanakan tugas, operasi atau latihan, kita tetap menjaga kebajikan anggota," katanya pada sidang media hari ini.

Selain kenaikan pangkat, TDM turut memberi faedah kelayakan kematian kepada balu, anak dan ahli keluarga Allahyarham.

Allahyarham Mohamad Azrin berkhidmat dengan TDM sejak tujuh tahun lalu meninggalkan balu, Nor Aqila Syafiqa Safuan, 23, dan bayi perempuan berusia sembilan bulan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang bertugas di pasukan Kompeni Pandura, Markas 10 Bridged PARA dibawa ke Surau Al Firdaus, Taman Desa Aman, jam 12.40 tengah hari untuk disembahyangkan.

Nor Aqila enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya.

Dalam kejadian Ahad lalu, mayat Mohamad Azrin ditemui kira-kira jam 8 pagi selepas terjatuh Sungai Pahang ketika cuba menyeberangi sungai itu ketika menjalani latihan.

Mayat ditemui di tebing sungai berdekatan Kampung Serengkam, Maran, semalam, pada jarak kira-kira 70 kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 08:40 PM | Show all posts
70 kilometer jauhnyaaaa

Innalillah..salam takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah diucapkan buat keluarga arwah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.222344 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list