CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1377|Reply: 9

Siapa Buat Onar Dinding Surau Dikencing, Najis Atas Sejadah Imam?

[Copy link]
Post time 2-9-2021 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah kes khianat terhadap rumah ibadat dalam siasatan selepas polis menerima aduan mengenai penemuan najis di atas sejadah imam dan kesan air kencing di dinding surau di Bandar Al-Muktafi Billah Shah.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pengadu turut mendakwa paip air di surau berkenaan juga sengaja dibiarkan terbuka, manakala beberapa al-Quran ditemui dibuang berselerakan di kawasan kebun yang berhampiran.








Beliau berkata, pengadu memberitahu bahawa selepas surau ditutup apabila selesai solat Isyak pada Selasa, pengadu merupakan orang pertama hadir ke surau pada jam 5.30 pagi Rabu untuk melaungkan azan Subuh dan dia mendapati surau tidak berkunci.


“Suspek dipercayai masuk ke dalam surau melalui pintu utama dan telah melakukan perbuatan khianat itu,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Suspek kini diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kah anjing atau kucing yg terlepas masuk pintu?
Dah kata dlm kebun, monyet pun possible jua.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 04:15 PM | Show all posts
missbigrockstar replied at 2-9-2021 03:16 PM
Mungkin kah anjing atau kucing yg terlepas masuk pintu?
Dah kata dlm kebun, monyet pun possible jua ...
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pengadu turut mendakwa paip air di surau berkenaan juga sengaja dibiarkan terbuka, manakala beberapa al-Quran ditemui dibuang berselerakan di kawasan kebun yang berhampiran.

Anjing atau kucing pandai ke buka paip? Kalau monyet maybe tapi rasanya mustahil kerja binatang yang buat sampai beberapa Al-Quran dibuang dekat kawasan kebun. Kalau dah beberapa tu maksudnya lebih daripada satu.

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 04:16 PM | Show all posts
Tak lama nanti keluar berita pelaku ada masalah mental. Terlepas dari tuduhan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 04:50 PM | Show all posts
moga dibayar cash on delivery
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni mesti ngecop mental punya
takpun kesurupan saiton
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengikut dajjal ni....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak baca sebab baca tajuk je pun da
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau marahkan imam / bilal or siak, jangan marahkan agama. Iols marahkan ajk surau tempat iols ni sebab pasang cd mengaji kuat2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:22 PM | Show all posts
Sapa la yang bitter sangat ni...low blow betul khianat ala2 gini..pengecut..takde cctv ke bole cek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070580 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list