Seorang gadis berusia 17 tahun dirogol dengan kejam oleh dua lelaki kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Dalam perkembangan terkini, Daily Star melaporkan polis sedang memburu dua suspek kes berkenaan.
Untuk rekod, mangsa keluar membawa anjing miliknya berjalan-jalan di sebuah taman di sekitar Blackley, Manchester pada 22 Ogos lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/02/134349u2oqqdrqbd2bizd5.jpg) Mangsa dilaporkan keluar rumah pada jam 7.30 malam
Mangsa keluar pada waktu senja sebelum dirogol sekitar jam 9.30 malam.
Ketika kejadian, seorang suspek mengambil anjing itu, manakala seorang lagi suspek bertindak merogol mangsa.
Selepas kejadian, mangsa berjaya mengambil semula anjing miliknya sebelum melarikan diri.
Dia kemudiannya memaklumkan hal itu kepada dua wanita di taman berkenaan sebelum kes dilaporkan kepada pihak berkuasa yang kini giat menjalankan siasatan.
Sumber: mStar |