CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 0

[Perlis] Premier Channel platform informasi rakyat Perlis

[Copy link]
Post time 2-9-2021 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Premier Channel platform informasi rakyat Perlis
| | 02 September 2021


Azman. - Foto Bernama

KANGAR - Kerajaan Perlis akan memperkenalkan saluran berita berasaskan web yang dikenali sebagai Premier Channel sebagai platform untuk menyampaikan informasi terkini kepada rakyat di negeri ini.


Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof berkata, sudah tiba masanya kerajaan negeri mengunakan media sosial sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat rasmi, sahih dan terkini dan idea mengenai Premier Channel itu terkandung dalam rangka Pelan Digital Perlis 2021.


“Maklumat perlu disampaikan terus kepada orang ramai bagi mengelak berlakunya kekeliruan dan daripada pemerhatian, berita atau maklumat yang disalurkan menerusi media sosial cepat diterima dan difahami oleh rakyat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Justeru, beliau telah mengadakan perbincangan dengan ketua jabatan di negeri ini dan memberi galakan kepada mereka untuk mengunakan platform ini sebagai medium untuk menyampai maklumat dan mesej kerajaan kepada rakyat.


Pada peringkat permulaan, Premier Channel yang kini bersiaran secara ujian sejak awal Ogos lepas akan bersiaran secara berperingkat sebelum ia bersedia untuk bersiaran setiap hari.


“Orang ramai boleh mengikuti siaran Premier Channel menerusi Facebook rasmi Pejabat SUK Perlis,” katanya. -Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rmasi-rakyat-Perlis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053322 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list