CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1206|Reply: 2

[Kedah] Dicekup ketika melaram motosikal curi

[Copy link]
Post time 1-9-2021 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Dicekup ketika melaram motosikal curi[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - September 1, 2021 @ 4:57pmbhnews@bharian.com.my


Motosikal ditunggang suspek yang didapati nombor enjin dan casis sudah diubahsuai dikesan polis dalam Op Ambang Merdeka di pekan Kulim, awal pagi hari ini. - FOTO PDRM




KULIM: Aksi dua lelaki melaram motosikal curi mengundang padah apabila mereka ditahan polis dalam Op Ambang Merdeka sekitar pekan ini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan pertama jam 4.20 pagi, polis menahan penunggang motosikal Honda EX5 di sekitar Pekan Kulim, manakala seorang lagi penunggang motosikal ditahan di Kilometer 21 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, dua lelaki berkenaan dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

"Pemeriksaan pada tubuh mereka tidak menemui sebarang kesalahan atau barang terlarang, namun nombor casis serta enjin motosikal ditunggang dua suspek didapati sudah dicanai.

"Berikutan itu, kita menahan dua suspek berusia 20-an berkenaan dan motosikal yang dipercayai dicuri juga dibawa ke balai untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, beliau berkata, sembilan lelaki dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana didapati tidak memakai pelitup muka ketika berkumpul berhampiran lampu isyarat Lebuhraya BKE dan Jalan Kulim-Baling.

Sazalee berkata, semua individu berusia 16 hingga 22 tahun itu ditahan jam 6.20 pagi oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi Pemantauan Pematuhan Op COVID-19.

"Kita harap orang ramai sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan bagi mencegah penularan kes COVID-19 ini.

"Kita tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun sekiranya ada individu yang masih berdegil dengan tidak mahu mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 09:04 PM | Show all posts
Semoga selamat di dalam penjara ya
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts


Best dapat makan free naaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.076821 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list