CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2483|Reply: 10

[Perlis] 2 beradik ingkar kuarantin, potong gelang 'pink' dikompaun RM8,000

[Copy link]
Post time 1-9-2021 07:47 PM | Show all posts |Read mode
2 beradik ingkar kuarantin, potong gelang 'pink' dikompaun RM8,000[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - September 1, 2021 @ 5:12pmbhnews@bh.com.my


PADANG BESAR: Dua beradik yang masih berada dalam tempoh kuarantin masing-masing dikompaun RM6,500 dan RM1,500 selepas didapati keluar daripada rumah mereka dengan berjumpa rakan di Kampung Melayu Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Saifudin Aslin Abbas, berkata wanita berusia 24 tahun dan adik lelakinya berusia 21 tahun itu diarah menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID-19 dari 23 Ogos lalu hingga 5 September ini.

Katanya, dua beradik berkenaan tinggal bersama keluarga di sebuah rumah di Kampung Melayu Padang Besar dan tindakan mereka ingkar arahan untuk kuarantin di rumah jelas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

"Berikutan itu polis mengeluarkan kompaun RM6,500 kepada lelaki berusia 21 tahun itu kerana memotong gelang kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM), dengan sengaja keluar premis kuarantin, gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan membawa masuk rakan ke dalam premis kuarantin.

Reswan memarahi dua beradik yang positif COVID-19 selepas berdegil dengan keluar dari rumah mereka di Kampung Melayu Padang Besar. - Foto ihsan pembaca

"Polis turut mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada wanita yang juga kakak lelaki itu kerana sengaja keluar dari premis kuarantin dan tidak mematuhi SOP.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 16 PU (a) 293/2021 Akta 342 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021," katanya.

Terdahulu, tindakan dua beradik berkenaan diketahui oleh Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi Beseri, Mata Ayer dan Chuping, Reswan Ramli yang bertindak memarahi kedua-duanya serta mengarahkan mereka duduk di rumah selepas laporan polis dibuat.

Reswan berkata, tindakannya itu semata-mata mahu memberi pengajaran kepada dua beradik terbabit untuk tidak mengambil mudah dalam soal kesihatan dan keselamatan diri apabila mereka disahkan positif COVID-19.

"Saya menerima banyak aduan dan rungutan orang ramai yang berada di Padang Besar melihat kelibat mereka dengan sewenang-wenangnya keluar dan mengingkari arahan kuarantin diri di rumah hanya untuk bertemu orang ramai.

"Apa yang dikesalkan seorang daripada mereka sanggup memotong gelang kuarantin KKM dan difahamkan tindakan bertemu rakan juga menyebabkan ada individu yang mempunyai kontak dengan mereka turut positif virus," katanya ketika dihubungi hari ini.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2021 07:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 07:49 PM | Show all posts
Padan muka kena kompaun. vongok.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemuknya ayam jantan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:05 PM | Show all posts
tgk rumah kesian  kompaun banyak2.. tapi perangai ketegaq nak mampuih.. bawak penyakit bagi katorg..  sure dpt diskaun pun sbb tgk pun tak mampu depa nak bayaq
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau miskin perangai tetap tak ubah.
Ada duit tak tu nak.bayar saman?
Tak boleh fikir ke ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2021 08:30 PM | Show all posts
napelah degil sgt ... nk bayar tu ade duit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok dipenjarakan.aje kalau xdpt.bayar.kompaun..
Dok.diam2.dlm.jail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 09:05 PM | Show all posts
Gelang yang harganya x sampai RM1 , kena denda RM8,000
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka.
nak langgar peraturan, pastikan ada duit dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 11:25 PM | Show all posts
dah kenapa degil sgt.kan dpt surat saman.buang duit lg..alahai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.080392 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list