CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 0

[Kedah] Hilang penat lihat bayi bernyawa

[Copy link]
Post time 1-9-2021 01:30 PM | Show all posts |Read mode


DR Renuka bersama hadiah dimenanginya. FOTO Danial Saad




Kulim: "Ada ketika terlalu penat sebab bekerja tanpa henti sampai rasa nak putus asa, tetapi semua keletihan itu hilang apabila lihat bayi kepada pesakit Covid-19 dilahirkan dan bernyawa dalam keadaan baik," kata Dr Renuka Gunasagaran.

Dr Renuka, 29, sebelum itu bertugas di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis lebih dua tahun dan ditukarkan ke Klinik Kesihatan Taman Selisih, di sini, sejak empat bulan lalu.

Menceritakan pengalamannya yang bertugas sebagai pegawai perubatan, Dr Renuka berkata, pelbagai cabaran sudah ditempuhinya walaupun baharu tiga tahun menyelami profesion kedoktoran.

"Cabaran paling ketara sudah tentunya ketika negara dilanda pandemik Covid-19 yang semua petugas barisan hadapan sehingga kini tidak mendapat rehat yang cukup, keadaan mental yang memenatkan (burnout) dan terasa ingin berputus asa.

"Saya ingat lagi ketika bertugas di unit pediatrik di Perlis yang pada masa itu ada seorang ibu disahkan positif Covid-19 dan mahu bersalin.

"Syukur bayi itu selamat dilahirkan, namun berlaku satu kejadian bayi itu tidak menangis dan tidak bergerak, tambahan pula hanya saya seorang ditugaskan memantau keadaan bayi berkenaan, namun ia satu keajaiban apabila saya baharu nak melakukan 'intubate' terus bayi itu menangis dan bergerak hingga semua rasa penat saya hilang," katanya ketika ditemui selepas dipilih sebagai pemenang kempen 30 Hari 30 Frontliners, di sini.

Menerusi kempen dianjurkan oleh Hot FM, Fly FM, Harian Metro dan Central Sugars Refinery (CSR), anak kedua daripada tiga beradik itu membawa pulang hadiah bernilai RM500 dan barangan keperluan sebagai tanda terima kasih terhadap kerja keras, pengorbanan serta penat lelah sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan.

Dalam pada itu, Dr Renuka berkata, walaupun berdepan kesukaran dan tidak mendapat rehat yang mencukupi, beliau bersyukur apabila profesionnya memberi kelebihan untuk dirinya menghayati erti kehidupan.

Sementara itu, Dr Renuka menasihati orang awam supaya terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana Covid-19 bukan perkara baharu, selain segera mendapatkan vaksinasi supaya terhindar daripada mendapat gejala yang lebih teruk.





Disiarkan pada: September 1, 2021 @ 7:32am


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.201682 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list