CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 2

[Kedah] Kesan tapak kaki bawa penemuan PATI

[Copy link]
Post time 1-9-2021 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Kesan tapak kaki bawa penemuan PATI[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 1, 2021 @ 12:20pmbhnews@bh.com.my


Sebahagian pendatang asing tanpa izin yang ditahan Batalion 2 PGA kerana cuba menceroboh masuk ke negara ini. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI





BUKIT KAYU HITAM: Penemuan kesan tapak kaki di sekitar pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam, membawa penemuan pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar, termasuk tekong.

Mereka dikesan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang memeriksa berhampiran pos kawalan di sempadan negara, sebelum menahan 14 PATI pada jam 7.20 malam tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 2, PGA Kulim, Superintendan Md Dali Jamil, berkata anggotanya mengesan tapak kaki dan kesan pagar dipotong di situ, sebelum mengekori kesan tapak kaki berkenaan.

Beliau berkata, anggota PGA terbabit menemui sekumpulan PATI di ladang Laka Temin, dekat sini.

"Semua PATI warga Myanmar itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Mereka berusia antara 18 hingga 55 tahun dan dipercayai memasuki negara ini secara haram," katanya ketika ditemui di Markas Taktikal Briged Utara Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Md Dali berkata, mereka yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, mereka dipercayai dibawa dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda di Thailand dan memecahkan pagar sempadan dengan berjalan kaki di kebun getah untuk memasuki negara ini.

"Mereka mengambil kesempatan pada waktu anggota menukar syif dan pada waktu Maghrib kerana menyangka kawalan ketika itu longgar.

Md Dali berkata, setiap PATI berkenaan dipercayai membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 seorang kepada tekong di Thailand.

Katanya, tekong darat yang ditahan itu akan disiasat di bawah Antipemerdagangan dan Penyeludupan Migran.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
OK..sila bawa ke PPV berhampiran tuk divaksin secara percuma......mereka pon manusia juga-forumer cari
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaaa Malaysia ni sorrrrrgaaaaa
Segala mak nenek negara nak masuk
Nikmat mana lagi rakyat malaya nak dustakannnn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.179689 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list