CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6960|Reply: 28

Namron Sedih Rakyat Malaysia Tak Endah Bakat Isterinya, June Lojong

  [Copy link]
Post time 1-9-2021 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Tenggara 2016 dan memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017, tetapi bakat pelakon June Lojong seolah-olah tidak dihargai sebahagian besar peminat filem tanah air.


Suaminya yang pelakon dan pengarah berkaliber tanah air, Nam Ron, 52, agak terkilan dengan sikap masyarakat yang tidak mengendahkan bakat besar isterinya itu.


Foto: IG




"Bila isteri saya disenaraikan sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik di Asia Tenggara. Saya bangga tapi turut sedih kerana bakatnya tidaklah begitu dihargai di negara sendiri," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Menurut Nam Ron, jika tiada sesiapa menghargai bakat isterinya, biarlah dia menghargainya sampai bila-bila.




  



Dalam Festival Filem Asia Tenggara 2016, June satu-satunya wakil Malaysia yang dicalonkan menerusi filem Redha / Beautiful Pain.


Turut dicalonkan dalam kategori itu ialah bintang filem legenda Indonesia, Christine Hakim, Cut Mini dan pelakon Filipina, Jaclyn Rose, Nora Aunor dan Hashime Kilip.




  



Di FFM29, pasangan suami isteri ini turut membuat kejutan apabila Nam Ron memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dan June menang Pelakon Wanita Harapan menerusi filem yang sama.




  



  



Dalam filem Redha / Beautiful Pain, mereka berlakon sebagai pasangan suami isteri yang berjuang membesarkan anak autisme.


June adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Teater dari Universiti Malaya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon jugak rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:57 AM | Show all posts
iolss ingat dia dgn nadiya nissa tu adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 09:22 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 1-9-2021 08:57 AM
iolss ingat dia dgn nadiya nissa tu adik beradik

aah. ada lah irasnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 09:28 AM | Show all posts
haha aduh benar juga beriras sedikit seperti nadia nissa
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 09:35 AM | Show all posts

kann?? masa tengok trailer Redha tu iolss igt dia yg jadi bini Namron

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 1-9-2021 08:57 AM
iolss ingat dia dgn nadiya nissa tu adik beradik

Dlm filem Redha dorg jd adik beradik.. mmg real betul tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 09:48 AM | Show all posts
I suka je both Namron dan wife dia.  Exotic look.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 09:59 AM | Show all posts
Pindah indo dlu. Pelan2 bina nama dlm kawasan nusantara. Ada portfolio taraf internasional br laju org mesia nk recognise. Industri cni kecik & karya filem/drama masih kt takuk lama. Dh jauh btiang2 kna tggal ngn indo. Bakat besar & educated tp xdak peluang nk explore/expand.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tp dlm pilem roh lakonan bini nyer agak mengecewakan yach pd aiols...lg menyerlah lakonan cucu pojiah nawi dlm tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:47 AM | Show all posts
Edited by tipah89 at 1-9-2021 10:48 AM

biasalah tu malaysia ni kalau rupa letop bakat kelaut mcm cipmunk tu yg jadi pujaan.. yg berbakat tapi muka xberapa market ni org xperasan or buat2 xnampak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap namron n family berhijrah ke indonesia… lepas ni blh mendoniaaaa… dr indonesia cuba nasib di hollywood, rezeki tak pnah salah alamat
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 11:10 AM | Show all posts
duk malaysia ni taksub IG/Tiktok semua nmpk sempurna di alam maya. realiti bakat dan keaslian sesuatu bakat itu tidak dipandang.  eloklah..kalua takat drama kuul 7 tu takyah bakat pun takpe namron oiii..kayu jati kayu balak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payahlah meratib org tak hargai. Penghargaan diperolehi bukan diminta. Ni macam meminta minta pulak. Kalau tak dihargai tu belum outstanding lah namanya. Menang anugerah tu banyak sebab boleh menang. Lobi dari produksi sendiri pun boleh menang. Pertandingan filem pun ada politiknya. Tapi nak menang hati penonton tak payah anugerah pun. Suruh bini usaha lagi ya. Jangan dok bawah bayang2 namron aje. Pi kerja dgn pengarah lain juga yg tak ada namron di dalamnya. Baru boleh nampak bakat tu versatile ke tidak. Tapi aku respek graduan teater UM bakat memang special sikit. Dorang tak famous tapi ada kualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 11:46 AM | Show all posts
dalam dunia ni bukan malaysia aje yang buat filem/drama
kat malaysia tak dihargai.. boleh pergi luar negara
singapura ada.. jauh sket indonesia.. kalau tak pun hollywood
boleh ambik contoh tony jaa.. iko uwais

konon2 a-list kat malaysia.. takkan meroyan takde job.. isteri tak dihargai?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 1-9-2021 11:26 AM
Tak payahlah meratib org tak hargai. Penghargaan diperolehi bukan diminta. Ni macam meminta minta pu ...

da mcm cyst la plk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kakuzu replied at 1-9-2021 11:46 AM
dalam dunia ni bukan malaysia aje yang buat filem/drama
kat malaysia tak dihargai.. boleh pergi lua ...

Hairul azreen aka kekrul tu iols tengok boleh dibawa ke hollywood mcm tony & iko. Umur dia pun masih muda & jenis gigih berusaha..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry.Meols pon baru tau June ni binik Namron.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 01:06 PM | Show all posts
blekkep replied at 1-9-2021 10:07 AM
tp dlm pilem roh lakonan bini nyer agak mengecewakan yach pd aiols...lg menyerlah lakonan cucu pojia ...

3 orang ke cucu pojiah? ke yg macam saka tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 1-9-2021 08:57 AM
iolss ingat dia dgn nadiya nissa tu adik beradik

Kan . Mula tgk pn ingat da related
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.073144 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list