CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2030|Reply: 13

Penduduk Kampung Dah Tak Tahan, 30 Tahun Hidup Dihurung Lalat

[Copy link]
Post time 1-9-2021 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Manjung: Bagaikan 'diserang' lalat terutama pada musim hujan dan setiap kali ayam dibawa keluar dari ladang, sejak lebih 30 tahun lalu.


Itu situasi dihadapi penduduk di Manjung iaitu mukim Sitiawan, Lumut, Pengkalan Baharu, Beruas dan Lekir apabila difahamkan, terdapat lebih 200 ladang dan reban ternakan ayam termasuk tidak berlesen.


Sebahagian reban dikatakan masih menggunakan konsep lama iaitu secara terbuka dan dipercayai menjadi faktor utama masalah lalat di kampung dan penempatan penduduk berhampiran.




Foto: Harian Metro




Tinjauan di Segari mendapati, biarpun ada ladang ternakan ayam beroperasi secara kaedah tertutup, masih ada air buangan dilakukan secara terus dipercayai tanpa proses saringan atau tapisan di kolam rawatan disediakan.


Di Beruas pula, masih ada kawasan ternakan ayam dilakukan secara terbuka dan pihak berkenaan sudah dikenakan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).


Penduduk Kampung Batu 10, Segari, Rosima Saidin, 58, berkata, masalah lalat sudah berlaku lebih 30 tahun lalu apabila mereka sering 'diserang' lalat hijau atau langau sebelum ini.


Menurutnya, jumlah serangga itu lebih banyak apabila waktu selepas hujan, mendung dan ketika ayam dibawa keluar dari ladang.




Foto: Harian Metro




"Sekarang ini boleh cakap agak kurang, namun masih ada lalat setiap hari. Tetapi dalam pada sikit tu pun kami tetap tak tahan," katanya.


Penduduk Kampung Semangat di Segari, Ismail Ibrahim, 55, berkata, pengurusan najis ayam dipercayai dilakukan tidak mengikut kaedah sebetulnya turut menjadi faktor kehadiran lalat di kawasan mereka.


Katanya, sisa cucian reban dan najis dipercayai dilepaskan terus ke longkang tanpa tapisan dan ia dikhuatiri mengalir terus ke laut dan sungai.


"Sisa ini sudah bercampur alga (dalam longkang/ parit kecil). Sepatutnya kalau ikut cara penapisan betul tidak macam ini, air akan lebih jernih sikit, tidak keruh dan tiada sisa najis.


"Sebelum ini ada longkang atau parit lebih teruk (kesan pembuangan sisa buangan). Ketika ini memang tidak banyak, tetapi apabila terkumpul dengan alga itu yang boleh kita lihat (sisa najis)," katanya.


Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tualang, Beruas, Hamzah Mad Nor berkata, sebelum ini penternak di kawasan berhampiran ada mengusulkan mahu membuka reban baru seluas 16 hektar kira-kira dua kilometer dari penempatan penduduk, tetapi mereka sepakat menolak cadangan itu.


"Kami tiada masalah dengan penternak dan dia menjaga hubungan baik dengan penduduk, tetapi itu bukan faktor untuk 'pejam mata' kerana penduduk tidak tahan hidup bersama lalat selain tidak mahu masalah ini terus berlarutan," katanya.




Foto: Harian Metro







Penternak gemar konsep tradisional


Manjung: Masalah lalat yang banyak di sekitar Manjung berpunca daripada cara pengurusan penternakan ayam secara tradisional atau kaedah terbuka, termasuk berkaitan najis ayam.


Pengerusi Persatuan Penternak Manjung, Tan Wooi Perng berkata, tidak dinafikan lalat dan penternakan ayam saling berkait, namun jika pengurusan dan pembersihan reban dilakukan dengan betul selain penggunaan ubat lalat, ia dapat membantu mengatasi masalah itu.


"Kalau penternak masih kekal dengan ladang terbuka, tetapi dia patuh arahan dan mengikuti amalan betul atau dia bela ayam terus di lantai konkrit dan najis ayam tidak jatuh ke tanah seperti di beberapa kawasan, ia mengurangkan masalah itu.


"Bagaimanapun, kami akur dengan arahan pihak berkuasa untuk mengubah kaedah lama kepada ladang ternakan secara tertutup dengan penggunaan penghawa dingin sebagai usaha untuk mengatasi masalah itu," katanya.


Menurutnya, terdapat lebih 200 ladang ternakan ayam di Manjung iaitu mukim Sitiawan, Lumut, Pengkalan Baharu, Beruas dan Lekir.


Katanya, boleh dikatakan 50 peratus ladang di sini adalah reban secara terbuka.


"Antara faktor menyebabkan kaedah lama masih kekal kerana kekangan modal untuk menyediakan penghawa dingin. Sebuah reban memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk 40,000 ayam.


"Selain itu, penternak berhadapan kesukaran untuk permohonan menukar status ladang bagi mendapatkan bekalan elektrik tinggi, malah turut berhadapan risiko kerugian besar sekiranya bekalan elektrik terputus," katanya memberitahu kebanyakan reban terbuka diusahakan penternak kecil-kecilan.


Beliau berkata, penternak di Manjung sentiasa terbuka dengan aduan diterima dan mereka berusaha menyelesaikan masalah berkenaan dengan mengikut kaedah bersesuaian.


Sementara itu, penternak enggan dikenali berkata, dia mempunyai 10 reban ayam termasuk beberapa reban masih beroperasi secara terbuka.


Dia mendakwa berusaha menjaga kebersihan dan pengurusan dengan betul termasuk mengaji dua pekerja untuk mengawal masalah lalat setiap hari di kawasan operasinya.


"Kami menggunakan ubat lalat untuk mengelakkan kehadiran serangga itu selain mengelakkan najis ayam basah supaya ia tidak akan mengundang kehadiran lebih banyak lalat.


"Kami faham mengenai reban tertutup, tetapi untuk beralih kepada kaedah itu agak sukar ketika ini kerana ia memerlukan kos sangat tinggi selain beberapa proses lain," katanya.


Tubuh pasukan khas pantau isu lalat


Manjung: Pengusaha ladang ternakan ayam di Manjung disaran mewujudkan pasukan khas atau pegawai alam sekitar untuk pemantauan bagi menangani masalah gangguan lalat.


Timbalan Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Ismady Radzuan berkata, inisiatif itu perlu dilakukan pihak berkenaan bagi penyelesaian jangka masa panjang berikutan lokasinya berhampiran dengan penempatan penduduk termasuk untuk mengelakkan pencemaran alam.


Menurutnya, tindakan berat atau nilai kompaun lebih tinggi perlu dikenakan kepada pihak menyebabkan kacau ganggu lalat sehingga menjejaskan rutin harian penduduk setempat.


"engasapan (fogging) untuk lalat antara solusi jangka pendek dan pihak berkenaan perlu ada inisiatif lain untuk jangka masa panjang seperti mempunyai pengurusan mahir dalam perkara itu termasuk rawatan air.


"Kerajaan negeri perlu lebih serius dan tidak hanya mengambil tindakan apabila ada aduan. Selain itu, dicadangkan untuk menubuhkan pasukan task force merangkumi semua pihak supaya masalah ini tidak berlarutan," katanya ketika ditemui pada tinjauan di Segari.


Menurut Ismady, masalah lalat terutama di Segari sudah membelenggu penduduk setempat sejak 1990-an.


Katanya, pihaknya menubuhkan Rakan Segari untuk membantu isu alam termasuk masalah lalat sejak 2014, namun ia masih berlarutan biarpun ada kawasan sudah kurang 'diserang' lalat.


"Kami kerap menerima aduan mengenai lalat di Manjung dan 80 peratus adalah dari Segari serta terbaru difahamkan masalah sama berlaku di Beruas.


"elbagai usaha sudah dilakukan dan kami membuat sampling menggunakan kertas pelekat untuk merekodkan jumlah lalat dalam masa sejam bagi mengenal pasti tahap serius masalah itu di sesuatu tempat.


"Hasilnya lebih 200 serangga itu terperangkap pada satu kertas pelekat di Segari," katanya.


Menurutnya, pemerhatian pihaknya mendapati sudah banyak ladang ternakan ayam di Manjung beroperasi dengan sistem secara tertutup iaitu menggunakan penghawa dingin.


Namun, katanya, masih ada sisa buangan atau cucian yang dipercayai dibuang terus tanpa melalui proses rawatan.


"Tinjauan mendapati ada kolam tapisan seperti tidak berfungsi apabila masih ada air buangan dari premis dibuang terus tanpa melalui kolam berkenaan.


"erubahan kepada sistem tertutup adalah usaha baik daripada pihak menguatkuasakan operasi berkenaan, tetapi hasil tinjauan masih ada pembuangan sisa buangan dipercayai tidak dilakukan secara betul.


"embuangan air bersama sisa tinja boleh menyebabkan kehadiran lalat selain bau busuk dan pengurusan sisa ini sangat penting," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya 20thn yg lepas lg korang pakat2 pi bakar tempat2 tu. Bakar senyap2 udah ler. Zmn skrg susah sikit sb teknologi dah canggih
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 09:06 AM | Show all posts
haiyaa wa tidak tau bagaimana nak buat ladang ayam bersih, ikut cara lama saja maa untung banyak woo siapa mau bayar anak saya belajar di Australia dan New Zealand kalau bukan saya jual ayam?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 09:07 AM | Show all posts
aku pnh dok dlm situasi ni 20+ yg lps
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 03:33 PM | Show all posts
pasang lah net kat umah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah duduk kat hotel swiss garden lumut

Mmg turned off time bfast bnyk lalat.

Staff situ pun kata sbb ada ladang ayam berdekatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Stressnyer lahai byk lalay. Rumah aunty iols pon byk lalat sbb kat kg tu ada ladang ternak ayam. Kena hurung lalat 24jam
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kalau letak.sticker lalat.20 keping.pung tak kurang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
belakang rumah mak aku nih dah ada ura2 nak bukak satu. dahlah jiran depan jalan selamba badak bina kandang lembu dengan tanah sekangkang kera. boleh buat bantahan ke? sah2 sini kawasan rumah. hanat betoi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat 30 tahun bertahan..lalat ni dh la dibenci sbb kotor..kalau org jual mknn area situ la kesian..tp i pnh baca la kalau nk halau lalat pasang lilin..kalau sekadar lalat dua tiga ketui blh la khenzz kalau dlm ladang ayam ni i bygkn lalat tu beratus ekor
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Segari tu udah ler ladang ayam dinding beso nak mampuih. Tertutup pun ada je lalat dia. Belakang bukit tu pulak ada tempat pelupusan sampah. Air sampah yang hitam tu mengalir ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ank aku klu mandi laut Pangkor balik gatal2 kulit..mmg npk air kumbahan mengalir kat laut.elok je org x terhidu bau limbah! Sagari tu air laut cantik tp lalat byk sgt..mls org luar nk picnic kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:11 AM | Show all posts
Aku baca tajuk dah tau dah puncanya.. Mesti dekat ngan reban ayam..............
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 02:37 AM | Show all posts
anony-mous replied at 1-9-2021 08:59 AM
Sepatutnya 20thn yg lepas lg korang pakat2 pi bakar tempat2 tu. Bakar senyap2 udah ler. Zmn skrg sus ...

ya Setuju- cara mcm ni je ajar dia orang - tapi tiada tindakan adalah disbbkan Rasuah. (agaknyalah)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.723456 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list