CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 0

[Kedah] 40 nelayan hias bot, berarak sambut hari kemerdekaan

[Copy link]
Post time 31-8-2021 02:59 PM | Show all posts |Read mode
40 nelayan hias bot, berarak sambut hari kemerdekaan[size=0.8]Oleh Izzali Ismail - Ogos 31, 2021 @ 2:30pmbhnews@bh.com.my



NELAYAN Kuala Kangkong dekat Alor Setar, Kedah meraikan hari kebangsaan dengan berpakaian tradisional dan menghias bot untuk perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-64. - Foto IZZALI ISMAIL




ALOR SETAR: Kira-kira 40 nelayan mempunyai cara tersendiri menyambut Hari Kebangsaan 2021 apabila mengadakan perarakan bot berhias di jeti Kuala Kangkong di sini, hari ini.

Pada perarakan itu, 11 bot nelayan dihias Jalur Gemilang dengan pemilik bot mengenakan pakaian tradisional seperti baju Melayu lengkap bertanjak serta berkain pelikat bagi membangkitkan semangat kemerdekaan.

Penganjur program, Abu Bakar Saad, 66, berkata program bot berhias berkenaan sudah lama dirancang pihaknya, namun disebabkan tiada lokasi sesuai, faktor kewangan dan perancangan, ia tidak dapat direalisasikan ketika itu.

"Ini kali pertama kami berjaya mengadakan perarakan bot hiasan bertemakan Hari Kebangsaan selepas pelantar jeti di sini siap dibina kira-kira 15 bulan lalu.

"Kami berjaya mengumpul 11 bot dan hampir 40 nelayan terbabit menjayakan program dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya ketika ditemui.

Abu Bakar berkata, bot yang dilepaskan kemudian berarak secara konvoi sejauh dua kilometer dan bot tercantik turut diberi hadiah penghargaan.

Peserta, Mohd Azam Ahmad, 40, berkata dia akan membiarkan hiasan unsur kemerdekaan dan Jalur Gemilang pada botnya sehingga hujung bulan hadapan.

"Saya bersama rakan membuat persiapan sejak seminggu lalu dan kami mengeluarkan modal hampir RM300 sebagai persiapan pakaian termasuk peralatan menghiasi bot.

"Usaha kami ini boleh dianggap kecil berbanding sumbangan pihak lain dalam menjaga keamanan negara, tetapi ini juga cara bagi kami menunjukkan semangat cintakan negara," katanya.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.063480 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list