CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5865|Reply: 33

Ismail sabri boleh, Chef Zam tak boleh? - Ziarah Kubur

  [Copy link]
Post time 31-8-2021 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Ziarah Kubur: Chef Zam Mohon Pencerahan, Kecewa Tidak Dibenar Masuk Perkuburan Ibu


MENZIARAHI kubur adalah antara amalan mulia.

Apatah lagi jika menziarahi kubur orang ahli keluarga, amalan itu amat digalak kerana boleh mengurangkan tekanan akibat kehilangannya.

Pada situasi pandemik, terdapat larangan untuk menziarahi kubur dikeluarkan pihak berkuasa berdasarkan prosedur operasi standard (SOP). Ia dilaksanakan untuk mengekang penularan Covid-19 pada musim perayaan baru-baru ini.


Kredit foto: Stockvault

Perkongsian cef selebriti, Chef Zam di laman sosial Instagram meraih perhatian ramai. Beliau difahamkan tidak dibenar masuk ke tanah perkuburan yang menempatkan pusara ibunya di Kota Damansara.

“Saya ingin memohon pencerahan dari @mkn_rasmi (Majlis Keselamatan Negara) @mkn_selangor @pjcitycouncil @mais_officialhq mengenai kebenaran menziarah kubur di Kota Damansara.

“Kenapa masih tak dibenarkan oleh @pjcitycouncil sedangkan DS @ismailsabri60 dah mulakan langkah beberapa hari lalu.

“Malah arahan jelas dari Ketua Pengarah @mkn_rasmi sudah dipaparkan di @hmetromy, @kosmo_online dan a few other news outlets?” tulis Chef Zam.


Jelasnya, beliau sudah berulang kali bertanya pihak berkuasa tempatan dan MKN melalui laman sosial. Malah telah membuat panggilan telefon berhubung isu namun tidak memperolehi jawapan.

“Mereka hanya berkata ianya adalah arahan pihak atasan. Apakah kekangannya dan pihak atasan yang mana satu ni?

“Saya baru saja balik dari mencuba nasib untuk menziarahi kubur arwah ibu di Seksyen 9 Kota Damansara namun masih tidak dibenarkan masuk.

“Katanya atas arahan Majlis Agama Islam Selangor kerana kawasan ini masih berada pada fasa satu (Pelan Pemulihan Negara).


Chef Zam atau nama penuhnya Zamzani Abdul Wahab kecewa dengan pengurusan tanah perkuburan yang seolah-olah tidak mematuhi arahan MKN dan membuat undang-undang sendiri.

Jelasnya, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa agama dan MKN memberikan info yang berlainan di laman media. Tutur Chef Zam, tindakan itu menyebabkan rakyat keliru.

  


Sabtu lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN)menjelaskan mengenai perincian SOP aktiviti menziarahi perkuburan.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, aktiviti ziarah kubur adalah dibenarkan selagi ia mematuhi SOP am dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan fasa ditetapkan kerajaan.

Chef Zam kehilangan ibunya, Allahyarham Chik Minah pada 25 September 2020 akibat pneumonia ketika berusia 84 tahun.

Sumber: Instagram @chef_zam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 07:47 AM | Show all posts
memula baca ingat Chef ismail boleh Chef Zam tak boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 08:42 AM | Show all posts
buat laporan polis..juga laporan pada biro pengaduan awam
pihak berkuasa dan penguatkuasa pun keliru dan bercanggah satu sama lain
ada yg buat peraturan sdri
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila jawab MKN...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
MKN double standard ke apa ni? Bila org persoal pasal PM, kata blh je melawat kubur di luar waktu perayaan, dh ni marhean nk buat tak blh plk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:45 PM | Show all posts
apa nak expect kat negara bolehland yang mana setiap pelosok pekerjanya baik dari pangkat pengarah sampai ke kerani cabok kuat mengulor pastu buat kerja slow.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2021 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tanya MAIS lah, kenapa tak ikut MKN
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:49 PM | Show all posts
pergi sepak Dafi

kata ke Dafi ,ini bapakkkkkkkkkkk ko punya SOP ke dajjei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaaaaa...
Dah agak dahhhhh jadik camni punya
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:34 PM | Show all posts
memang patut pun dipersoalkan balik. Ke sebab waktu cuti umum Merdeka? choi jah sis
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tak boleh ke? tgk ada je org melawat, tapi org biasa dan takde lah upload social media, kawasan kubur pun tak
berkunci
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang2 pun hentam keromo.
Jap boleh jap tak. Nasib laa si pipit.

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 31-8-2021 12:32 PM
MKN double standard ke apa ni? Bila org persoal pasal PM, kata blh je melawat kubur di luar waktu pe ...

Tanya pihak PBT atau pengurusan kawasan tanah perkuburan itu laa.. Kan MKN dah jelas keluarkan arahan.. Tak kan MKN nak kena jawab satu2 hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi td pergi kubur sek 20 pun xblh masuk. Ade org mbsa time tu kat gate. Bila tanya, dorg kata xboleh masuk sbb selangor fasa 1.

Padahal MKN dah bg. Dlm berita pun dah war2.

Balik umah lalu tgk kedai mamak penuh org lepak. Gerai2 tepi jln pun mcm pasar malam.

Dah kenape kubur xbkh ziarah pulak. Boleh buat besday party or social event ke kat kubur
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis kahwin dah boleh ke sebab ada pelakon z list aka pernah masuk dewi remaja kahwin few days ago
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yang buat sop tapi sendiri tak follow sop. Bila ditanya masing2 tak reti menjawab. Real bodoh yg mengemudi our country sekarang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sop pon makin celaru makin kelautt daa
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Betuller bile rakyat pertikai sop double standard
Tak samer sop rakyat dan golongan kayangan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai skrang tk faham kenapa ziarah kubur tk boleh tpi dine in boleh??? Bgi jelah kt org dh ckup vaccine tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fadz84 at 31-8-2021 04:22 PM
melinda_kerr replied at 31-8-2021 04:03 PM
Sampai skrang tk faham kenapa ziarah kubur tk boleh tpi dine in boleh??? Bgi jelah kt org dh ckup va ...


SOP dine in pun ke laut.. kawan I yg dh cukup 2 doses vaksin cite dia g mamak dine in situ, xde staff pun cek sijil digital vaksin. Scan mysejahtera je.. hahaha.. so sesape la blh dine in klu cmtu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.489551 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list