CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4260|Reply: 21

Lelaki Tolak Tawaran RM20K Untuk Jual Akhbar Lama Tarikh 1 September 1957

[Copy link]
Post time 30-8-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 31-8-2021 07:28 AM

Barangan antik atau bersejarah sememangnya mampu menarik minat mereka yang suka menjadikannya sebagai koleksi peribadi. Nilai sesuatu barang itu juga mampu mencecah sehingga jutaan ringgit mengikut kepada mereka yang membuat tawaran atau betapa lamanya sesuatu barang itu.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara yang ke-64 esok, seorang lelaki telah berkongsi cerita pernah ditawarkan RM20,000 untuk surat kabar lama. Menariknya, surat kabar ini bertarikh 1 September 1957 iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara 31 Ogos 1957.

Surat kabar The Sunday Times itu memaparkan gambar hadapan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan dengan tajuk ‘THIS IS IT!’.

Pasir Mas: "Meskipun pernah ditawarkan RM20,000 oleh seorang pembeli beberapa tahun lalu, saya tidak sanggup menjuanyal kerana percaya nilai khazanah ini lebih tinggi," kata Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki naskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.

Dia yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal di sini menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang bertajuk "THIS IS IT!".

"Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua ibu bapa, selepas banjir besar 2014 lalu.

"Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaan negara, iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya bapa kepada lapan anak itu.

Jelasnya, dia sendiri tidak mengetahui mengenai khazanah simpanan arwah bapanya itu kerana tidak pernah diberitahu atau melihatnya.


Katanya, arwah bapanya Ismail Salleh yang meninggal dunia pada 1998 adalah peniaga kedai runcit, manakala ibunya Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu.

Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.

Mohd Tarmizi berkata, dia percaya naskhah akhbar yang dimilikinya itu mempunyai nilai yang tinggi dan tidak ramai yang memilikinya.

"Beberapa hari lagi akhbar ini akan berusia 64 tahun, iaitu satu tempoh yang lama apatah lagi kandungannya adalah mengenai catatan sejarah kemerdekaan negara.

"Memiliki khazanah sebegini adalah satu 'anugerah' tidak ternilai bagi saya, dan berharap dapat dijaga dengan sempurna," katanya.

Ditanya adakah khazanah itu akan dijual, Mohd Tarmizi berkata perkara itu boleh dibincangkan sekiranya harga yang ditawarkan, mencapai standard nilai barangan.

Katanya, pernah seorang lelaki datang melihat naskhah terbabit dan mengatakan ia adalah palsu, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya.

"Bagi saya nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah saya.

"Saya kini sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyimpannya, bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan," katanya yang bekerja sendiri.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/748842/tolak-tawaran-rm20000-beli-akhbar-lama-pengisytiharan-kemerdekaan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
umo dia 45 ada lapan org anak

berkata perkara itu boleh dibincangkan sekiranya harga yang ditawarkan, mencapai standard nilai barangan

ingtkan xpandang 20k sbb syg ..rupanya nak up lg..hrp2 simpan elok2 jgn kena gigit ngn anai2 la ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
This is it
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambarnya? Nak juga tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Newspaper itew bernilai lebey dari 20k yang ditawarkan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
iol still ada simpan lagi majalah2 zaman kegemilangan jalan ampas.
Faham kalau sayang nak jual kat orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 31-8-2021 12:24 AM
iol still ada simpan lagi majalah2 zaman kegemilangan jalan ampas.
Faham kalau sayang nak jual kat  ...

Sharing is caring hehe
Boleh lah scan beberapa keratan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh, nak jual sebenarnya, tapi nak tunggu lagi tinggi

Ingat sayang bebenau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
abe,mu gi carik profesional,  preserve elok2,
aku percaya setimrntal vslue psper ni lebih dr 20k kalau kena dgn collector,
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
whitebeard replied at 31-8-2021 12:30 AM
Sharing is caring hehe
Boleh lah scan beberapa keratan

haha ada masa iol tangkap sikit gambo nyaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols pun, iols up lagi. Tak pun iols buat bidaan sampai harga paling tinggi. Gittuew kekdahnya pada zaman materialistik nieyh. Selagi boleh up, weols up.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 31-8-2021 12:00 AM
umo dia 45 ada lapan org anak

berkata perkara itu boleh dibincangkan sekiranya harga yang  ...

Nasib baik lelaki....klupompuan ank 8 comfirm kena kecam.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 31-8-2021 06:09 PM
Nasib baik lelaki....klupompuan ank 8 comfirm kena kecam.....

biasa letew..perempuan kan selalu salah
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 09:37 PM | Show all posts
Sayangnya kalu nak jual. Baik frame kan n simpan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:53 AM | Show all posts
boleh dapat lg tinggi drps 20k tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa ok je kalu dia nak tggu tawaran lebih dari 20k tu..x perlu pun sceptical kat dia..Benda2 gini mmg nilai tinggi pun..biar je la dia let go pada harga yg dia sanggup lepaskan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 01:03 PM | Show all posts
sepatut pihak Muzium yang tawarkan untuk beli suratkabar tu.... itu dah satu bahan sejarah dah tu..
dan harganya bukan 20k.... tapi jauh lebih mahal lagi dari itu... sebab silap2 itu lah satu2nya naskhah yg masih ujud dengan baik keadaannnya  .....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 01:05 PM | Show all posts
freesia71 replied at 31-8-2021 09:37 PM
Sayangnya kalu nak jual. Baik frame kan n simpan.

bahaya jugak... sebab orang boleh tau benda tu bernilai tinggi.....
nanti gantung kat dinding rumah... tengok2 tinggal frame kosong jer tergantung.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 05:06 PM | Show all posts
twins replied at 1-9-2021 01:05 PM
bahaya jugak... sebab orang boleh tau benda tu bernilai tinggi.....
nanti gantung kat dinding rum ...

Aah ek, tak terpikir pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya in 2015 ke 2014 gitu. NsT ada re printing semula suratkhabar 30/8 sampai 1/9 1957 tu. i ols ada beli dengan sempurna simpan lagi. soo how do we know yg abey ni pegang bukan original copy? or the originals it self.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.071775 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list