CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1818|Reply: 5

[Kedah] JKN siasat video tular lelaki maut jatuh di lantai hospital

[Copy link]
Post time 30-8-2021 10:01 PM | Show all posts |Read mode
JKN siasat video tular lelaki maut jatuh di lantai hospital[size=0.8]Izad Thaqif Hassan - Ogos 30, 2021 @ 9:15pmbhnews@bh.com.my


Pesakit lelaki yang terjatuh di lantai wad Hospital Lama, didakwa meninggal dunia tanpa diberi bantuan doktor dan jururawat. - Foto media sosial



SUNGAI PETANI: Video berdurasi 37 saat memaparkan pesakit lelaki berusia 60-an terjatuh di lantai sebelum meninggal dunia di Hospital Lama, di sini, tular dalam media sosial kerana didakwa berlaku akibat kecuaian doktor dan jururawat.

Video dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB) itu menunjukkan pesakit terbabit yang memakai kain tanpa baju, berjalan dalam keadaan lemah sebelum dia terjatuh.

Pemilik akaun FB berkenaan yang tidak diketahui sama ada mempunyai ikatan keluarga atau sebaliknya, meninggalkan hantaran mendakwa pihak hospital bersikap sambil lewa tanpa memberikan bantuan kepada mangsa.

Antara kandungan petikan ditulis pemilik FB terbabit mendakwa walaupun sudah hampir setengah jam mangsa terjatuh, namun doktor dan jururawat bertugas gagal mengambil tindakan serta-merta merawatnya.

Malah, pemilik akaun FB itu dalam tulisannya juga mendakwa apabila pesakit lain melaporkan kejadian itu kepada jururawat, mereka pula disuruh petugas kesihatan melakukan pemeriksaan terhadap pesakit yang jatuh berkenaan.

Arahan itu didakwa diberikan jururawat kepada pesakit yang membuat laporan bagi memastikan mangsa yang terjatuh itu masih bernyawa atau tidak.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung isu ini.

"Kita masih mengumpul maklumat lengkap dengan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dari pelbagai aspek.

"Setakat ini, apa yang hanya saya boleh sahkan video tular itu lokasinya memang di hospital lama," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes kematian pesakit terbabit.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
iols penah 2 tahun dok hospital jaga arwah ayah sakit.. so mmg dah paham sgt situasi hospital gov ni.. dats why skrg family iols semua amik insurans apa2 refer private terus x sanggup dah pegi gov lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nyaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap disiasat seadil adilnya. Teringat dolu pekerja spital nieyh gigih tanak orang rakam keje buat deols. Taboleh rakam suasana spital, dikatakan mengganggu kerja deols. Kalau tak rakam, mana nak dapat bukti kalau deols buat keje sambil lewa? Contoh terdekat masa suntikan vaksin. Ada yang lupa atau buat2 lupa untuk masukkan vaksin dalam badan penerima.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup tengok dan ambik video, menolongnya tak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiiii kesiannya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.873720 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list